Monday 15 June 2015

Keperluan kepada penubuhan Koperasi Masjid


Hikmahnya kenapa umat Islam mempunyai Masjid yang banyak memang amat jelas. Selain dari memperkukuhkan Iman dengan solat berjemaah, masjid juga adalah pemangkin ekonomi umat Islam di sesuatu mukim, daerah, negeri malah negara.

Keperluan untuk bangkit menguasai ekonomi amat jelas apabila rata2 kelihatan kawasan majoriti umat Islam, bukan Islam yang menguasai. Kalau pun ada individu2 Islam yang tampil menunaikan fardhu kifayah ini, jumlahnya amat terbatas dan kekangannya amat banyak kerana faktor supply chain yang memang dikuasai oleh bukan Islam disamping faktor kewangan, pengurusan dan sebagainya.

Oleh itu pengumpulan modal melalui kaedah koperasi adalah langkah terbaik buat masa ini kerana ianya lebih mudah dan cepat disamping dapat mengurangkan kes2 iri hati dan hasad dengki.

Kaedah koperasi yang terbaik ialah dengan mewajibkan setiap ahli kariah masjid menjadi ahli koperasi, dengan modal permulaan yang minima dan semua peringkat umur termasuk anak2 yang baru lahir wajib menjadi ahli koperasi.

Dengan anggaran penduduk Islam di Malaysia sebanyak 20 juta orang dan lebih kurang 6000 masjid di Malaysia, kalau seorang hanya melabur RM 10 sebulan, jumlah kutipan akan menjangkau RM 2.4 bilion setahun. Dengan modal sebanyak itu, bayangkan berapa banyak mini market boleh di bina, berapa banyak rumah kedai mampu dibeli, berapa hektar tanah boleh di sewa atau beli, berapa banyak saham dan syarikat yang boleh umat Islam kuasai.

Itu hanya sekadar pelaburan RM 10 seorang setiap bulan sebagai purata. Bayangkan kalau seorang boleh melabur maksimum RM 100,000.00 ( seratus ribu ringgit ) berapakah jumlah pelaburan yang boleh di kutip dan berapa pulak projek pada skala kecil dan besar dapat dilaksanakan.

Kaedahnya adalah dengan membangunkan kawasan sekitar masjid dengan kedai2, industri2 kecil, pengumpulan dan pembekalan produk serta perkhidmatan2 keperluan semasa. Ini sesuai bagi kawasan kampung dan pekan2  kecil manakala bagi taman2 perumahan pula kaedah membeli dan menyewa rumah kedai perlu dilakukan. Keperluan paling ketara ialah mini market, ianya mestilah diurus dengan penuh profesional dan teratur. Pengurusannya adalah secara tetap dan mempunyai kelayakan yang sepatutnya.

Duit umat Islam perlulah digunakan untuk kemaslahatan umat sendiri dan bukannya digunakan untuk membuli umat Islam semula. Sekiranya kita membelanjakan duit di kedai2 bukan Islam, duit itu akan digunakan untuk benda2 maksiat dan haram dari sisi Islam dan paling teruk bilamana duit itu digunakan untuk menjatuhkan umat Islam pula.

Oleh itu kesedaran umat Islam perlu ada untuk menghadapi segala rintangan demi untuk kelangsungan maruah dan masa depan umat Islam sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...