Saturday 3 December 2016

Statistik Koperasi Kariah Masjid 30 Jun 2015

Data dari Statistik Am Koperasi Kariah Masjid mengikut negeri pada 30 Jun 2015 menunjukkan terdapat 323 buah koperasi kariah masjid (kkm) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

1. Negeri Sembilan mendahului senarai terbanyak dengan 39 buah koperasi kariah masjid diikuti oleh Johor dan Perak dengan masing-masing 37 buah kkm.
2. Keanggotaan Koperasi Kariah Masjid pula sebanyak 20,571 orang di mana Johor merupakan Negeri teramai menjadi anggota Koperasi Kariah Masjid iaitu 2,873 anggota.
3. Jumlah syer / yuran adalah 3.23 juta ringgit dengan negeri Johor mempunyai 720 ribu ringgit iaitu yang tertinggi.
4. Jumlah aset pula sebanyak 7.74 juta dengan negeri Johor mempunyai 2.24 juta aset.
5. Jumlah perolehan pula sebanyak 4.94 juta dengan negeri Johor mencatatkan 1.62 juta perolehan atau jualan.

1. Data Statistik Am Koperasi Kariah Masjid Mengikut Fungsi pada 30 Jun 2015  pula menunjukkan sektor Pengguna mendahului senarai sebanyak 165 koperasi diikuti oleh  sektor Perkhidmatan, Pertanian dan seterusnya.


1. Manakala Statistik Am Koperasi Kariah Masjid Mengikut Status pada 30 Jun 2015 pula menunjukkan terdapat 301 koperasi yang aktif, 16 yang dorman dan 6 yang tidak aktif.


1. Statistik Am Koperasi Kariah Masjid Mengikut Kluster di atas pula menunjukkan kebanyakan koperasi kariah masjid terlibat dengan aktiviti perniagaan skala mikro.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...