Masih menunggu bilakah lagu kebangsaan Singapura akan di tukar daripada " Majulah Singapura " dan bendera Singapura di buang " Bulan Sabitnya " dan Presiden Pertama Singapura di tukar kepada bangsa selain Melayu dan Dolar Singapura dibuang identiti Melayunya.
Kalaulah kelima2 lambang kebesaran Singapura ini 1. Nama Negara - Singapura 2. Lagu Kebangsaan - Majulah Singapura 3. Bendera Singapura - Bulan Sabit ( Islam ) 4. Presiden Pertama - Yusof Ishak seorang Melayu , tak apalah kalau masih tak mahu mengaku sebagai orang Melayu. tetapi Minangkabau, masih Kepulauan Melayu dan identiti Melayu di Dolar Singapura ,masih tak dapat menunjukkan asal usul Singapura, tak tahulah Universiti mana yang orang Singapura ni pi mengaji. Tak guna duit banyak tapi bengong. Siapa yang mempertahankan Singapura sewaktu di serang Jepun dahulu ?
Kalaulah orang Melayu tak penting kepada Singapura, kenapa bahasa Melayu dan Bangsa Melayu digunakan oleh institusi tertinggi negara Singapura.
Dan paling memalukan adalah, Pemimpin Peringkat Tertinggi Negara Singapura sendiri tidak berani mempertahankan Sejarah Awal Singapura. Ini baru betul Malulah Singapura.
Ini adalah dapatan dari wall facebook rakan TM di Singapura, Beliau terkejut dengan fakta sejarah mengenai orang Melayu yang dikatakan berasal dari tanah Arab dan lebih menyedihkan kedatangan orang Melayu adalah terkemudian daripada kedatangan Stamford Raffles.
Menurut muzium tersebut bahawa Sejarah Singapura telah bermula dengan kedatangan kaum cina yang berlayar ke Singapura sebagai pedagang ( sebenarnya kuli kepada Inggeris ) ! dan membuka Singapura. Ia berlaku sebelum kedatangan Raffles.
Dengan sendirinya ia melenyapkan sejarah Kesultanan Melayu Singapura, kisah Singapura di langgar todak dan kisah Sang Nila Utama, anak raja yang membuka pulau Singapura.
sumber : http://taipingmali.blogspot.com/2013/08/muzium-kebangsaan-singapura-ubah-fakta.html
No comments:
Post a Comment