Saturday 11 April 2015

Falsafah Jenayah Dalam Islam


Falsafah Jenayah dalam Islam secara ringkas dapat di rumuskan seperti berikut.

Maksud Falsafah Jenayah :

Peraturan dan hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah terhadap kesalahan pencerobohan nyawa, anggota badan dan harta benda.

Pengertian Jenayah :

Dari segi Bahasa - Dosa atau kesalahan

Dari segi Istilah  - Setiap perbuatan yang diharamkan syarak samada berlaku terhadap nyawa, diri, harta dan sebagainya.


Kepentingan Hukum Jenayah :

1. Memberi keinsafan dan pengajaran 
2. Menjaga nyawa dan keselamatan harta
3. Mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab

Antara Perlakuan Jenayah :

1. Mencuri
2. Tidak mengerjakan solat
3. Tidak berpuasa
4. Melakukan fitnah
5. Rasuah
6. Khalwat
7. Minum arak
8. Melakukan Zina

Jenis Hukum Jenayah :

1. Hudud
2. Qisas
3. Takzir
4. Diat

Hudud :

Maksud Hudud


Bahasa - Batasan ataun sempadan

Istilah - Hukuman yang ditetapkan syarak sebagai menunaikan hak Allah

Kepentingan

1. Memelihara keyakinan umat Islam kepada kesucian agama Islam
2. Manusia bebas bergerak
3. Penjenayah tidak lagi berani melakukan jenayah
4. Menginsafkan penjenayah

Hukuman

1. Penzina belum berkahwin - di sebat 100 kali
2. Penzina sudah berkahwin - di rejam sampai mati
3. Qazaf - disebat 80 kali
4. Murtad - dibunuh setelah enggan bertaubat
5. Minum arak - disebat 40 kali
6. Mencuri - dipotong pergelangan tangan

Qisas :

Maksud

Bahasa - Mengikut sesuatau yang terdahulu

Istilah - Hukuman yang telah ditetapkan syarak kerana kesalahan yang melibatkan nyawa dan kecederaan tubuh badan

Kepentingan 

1. Menjamin keselamatan hidup manusia
2. Menunjukkan keadilan perundangan
3. Melindungi jiwa yang tidak berdosa daripada dizalimi
4. Memberi keinsafan
5. Jenayah dapat ditegah Islam
6. Pengajaran kepada manusia supaya tidak melakukan jenayah

Hukuman

1. Membunuh - dibalas bunuh
2. Mencederaka anggota badan - disederakan seperti dia mencederakan mangsanya

Takzir :

Maksud 

Bahasa -  Mencegah atau menahan

Istilah - Hukuman yang tidak ditetapkan syarak dan diserahkan kepada hakim untuk memutuskannya

Hikmah

1. Memberi pengajaran dan peringatan
2. Menyedarkan pesalah
3. Melahirkan manusia bertakwa
4. Sebagai peringatan kepada orang ramai supaya menjauhi jenayah

Hukuman

1. Nasihat atau teguran
2. Ancaman atau pemulauan
3. Pengistyiharan umum di khalayak ramai
4. Denda merampas harta
5. Sebat
6. Penjara
7. Buang daerah

Contoh kesalahan

1. Kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti dan nisab unyuk di hukum
2. Kesalahan khalwat atau mencuri yang tidak cukup bukti
3. Perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, menyalahgunakan dadah san sebagainya.

Diat :

Maksud

Bahasa - membayar denda

Istilah - Membayar denda atau harta yang wajib diberikan kepada waris sebagai ganti hukum qisas yang tidak dilaksanakan

Hikmah 

1. Memberi pengajaran
2. Memberi jaminan sosial kepada masyarakat dalam soal ganti rugi
3. Mengelakkan keluarga mangsa daripada membalas dendam
4. Memberi peluang kepada penjenayah supaya bertaubat
5. Membuktikan ajaran Islam menganjurkan umatnya supaya bermaaf-maafan

Contoh hukuman

Seseorang yang sedang memburu dalam hutan, telah tertembak kawannya dan meninggal dunia - pesalah tersebut wajib membayat diat kepada keluarga simati mengikut kadar yang ditentukan oleh mahkamah.

sumber : internet

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...