Berdasarkan buku The Singapore Dilemma - The Political and Educational Marginality of the Malay Community karya
Lily Zubaidah Rahim, penulis telah mengemukakan beberapa strategi atau
program yang dilaksanakan oleh parti pemerintah iaitu PAP (abang DAP)
untuk meminggirkan orang Melayu Singapura secara sistematik. Strategi
tersebut ialah:
1. Mengekalkan taraf minoriti bilangan penduduk Melayu
Akibat kemerosotan kadar kelahiran penduduk Cina, Lee Kuan Yew telah
mendedahkan semasa perhimpunan Hari Kebangsaan 1988 bahawa kerajaan akan
cuba meningkatkan bilangan penduduk Cina dengan membawa masuk orang
Cina dari luar negara terutamanya Hong Kong.
Menjelang 1988, sebanyak 4707 keluarga (80% Cina) telah berhijrah ke
Singapura. Selain itu, kerajaan juga telah menubuhkan Jawatankuasa untuk
menarik bakat ke Singapura (CATS) bagi menarik orang Cina dari negara
luar supaya berhijrah ke Singapura. Sebaliknya, pekerja Melayu Malaysia
menghadapi banyak masalah untuk mendapatkan permit kerja di Singapura.
Semua ini dilakukan untuk mengekalkan bilangan penduduk Cina, selain untuk mengekalkan dominasi politik PAP di Singapura.
2. Melemahkan Kuasa Undi Masyarakat Melayu
Bagi melemahkan kuasa undi orang Melayu, kerajaan telah melaksanakan
program penempatan semula bandar dan dasar perumahan awam. Caranya ialah
dengan menempatkan orang Melayu ke merata kawasan perumahan awam baru
di seluruh Singapura. Kampung-kampung Melayu juga telah dihapuskan dan
digantikan dengan perumahan awam moden.
Akibatnya, tiada lagi kawasan majoriti Melayu di Singapura. Oleh itu,
parti berteraskan Melayu seperti PKMS gagal untuk memenangi sebarang
kerusi pada pilihanraya. Maka, orang Melayu telah kehilangan suara untuk
menuntut sebarang hak atau berunding sesuatu perkara dengan kerajaan.
3. Kuota kediaman etnik
Bagi terus menyekat kuasa politik Melayu, PAP telah memperkenalkan kuota
kediaman etnik. Ini bagi memastikan jumlah orang Melayu tidak melebihi
20% daripada jumlah penduduk di mana-mana kawasan pilihanraya dan tidak
melebihi 22% daripada penduduk mana-mana blok perumahan awam.
Bagi orang Cina pula, kuota mereka pula hendaklah mencapai 80% di
kawasan pilihanraya dan 87% di blok perumahan awam. Kuota ini
dikuatkuasakan dengan tidak membenarkan orang bukan Melayu menjual rumah
pangsa mereka kepada orang Melayu.
Pada pendapat PAP, sebuah blok perumahan yang mengandungi 26% orang
Melayu dianggap perkauman, tetapi dianggap sebaliknya untuk 80% penduduk
Cina di sesebuah blok perumahan.
4. Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC)
Selepas pilihanraya 1988, kerajaan telah melaksanakan GRC ini di mana
mengintegrasikan 39 kawasan pilihanraya kepada 13 wad pemilih. Maknanya,
setiap wad terdiri daripada penyatuan 3 kawasan pilihanraya yang
berjiranan. Oleh yang demikian, setiap pengundi bukan mengundi untuk
seorang calon, tetapi satu pasukan calon dari sesebuah parti politik.
Sistem ini menghendaki setiap pasukan GRC wajib mempunyai seorang ahli
etnik minoriti. Akibatnya, parti Melayu PKMS gagal meletakkan calon
dalam mana-mana GRC. Ini kerana kawasan yang mengandungi ramai pengundi
Melayu seperti Eunos, Bedok dan Kampung Kembangan telah dimasukkan dalam
wad GRC.
Sistem ini selain bertujuan untuk mengukuhkan dominasi PAP dalam politik
Singapura, ia juga untuk melemahkan suara etnik minoriti khususnya
Melayu.
5. Pengubahan fakta sejarah Singapura
Bagi menghapuskan perkaitan orang Melayu dengan asal-usul Singapura,
kerajaan PAP telah mengubah fakta sejarah Singapura di dalam buku teks
dengan menyatakan bahawa asal usul Singapura adalah bermula pada tahun
1819 iaitu semasa ia dibuka oleh Stamford Raffles.
Padahal, semua orang tahu bahawa Singapura yang dulunya dikenali sebagai
Temasik telah dibuka oleh Sang Nila Utama dan pernah mempunyai Sultan.
Perubahan sejarah ini bertujuan untuk menafikan fakta bahawa Singapura
memiliki hubungan yang rapat dengan orang Melayu sebagai kaum peribumi.
6. Peminggiran pendidikan orang Melayu
Bahasa Melayu tiada nilai di Singapura. Semua sekolah dan universiti
menggunakan bahasa pengantar Bahasa Inggeris. Maka, pelajar Melayu yang
berpendidikan Melayu sukar untuk mendapatkan peluang pekerjaan di sektor
awam mahupun swasta yang lebih mementingkan Bahasa Inggeris.
PAP juga telah mengurangkan promosi persekolahan Melayu dan memotong jumlah biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar Melayu.
Kerajaan juga telah mengetatkan kemasukan ke universiti dengan
mewajibkan pelajar lulus dalam subjek Matematik dan Sains selain
pemansuhan subjek Pengetahuan Agama. Isu secara tersiratnya ialah untuk
menghalang lebih ramai pelajar Melayu dapat masuk ke universiti.
Kelemahan pelajar Melayu dalam subjek Matematik dan Sains telah
menyukarkan lagi mereka untuk belajar di universiti.
Bantahan daripada orang Melayu mengenai isu tersebut tidak dilayan oleh kerajaan.
Sebagai tambahan...
7. Tiada lagi orang Melayu dilantik sebagai Presiden Singapura
Sejak Yusuf Ishak dilantik sebagai Presiden pertama Singapura, tiada
lagi orang Melayu yang dilantik sebagai Presiden Singapura sehingga
kini. Walaupun merupakan kaum kedua terbesar di Singapura, PAP lebih
rela melantik kaum India sebagai Presiden Singapura.
8. Azan tidak dibenarkan dilaungkan dengan pembesar suara
No comments:
Post a Comment