PETALING JAYA - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) akan
memperkasa dan membantu menubuhkan lebih banyak koperasi kariah masjid.
Presidennya, Datuk Abd Fatah Abdullah berkata, setakat ini cuma 200
masjid telah menubuhkan koperasi sedangkan menurut senarai Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terdapat 6,000 masjid di negara ini.
"Kita yakin koperasi ini mampu membantu ekonomi sesebuah kariah masjid jika ditadbir dengan baik.
“Banyak manfaatnya termasuk pinjaman kewangan, bantuan pendidikan dan
sebagainya,” katanya dalam majlis dialog Angkasa bersama media hari ini.
Katanya, selain itu masjid adalah tempat penyatuan ummah tak kira latar belakang seseorang.
“Jadi, saya yakin koperasi akan mampu memperkukuhkan silaturahim di
samping menjana ekonomi sesebuah kawasan penduduk,” katanya.
dari : http://www.sinarharian.com.my/nasional/angkasa-bantu-tubuh-koperasi-masjid-1.338806