Tuesday 22 January 2019

Dokumen Dunia Islam ( 1)

Politik ( Kafir ) Pecah Belah vs Politik ( Islam ) Bersatu Padu

Politik Islam adalah politik BERSAUDARA sesama ISLAM dan BERSAHABAT sesama manusia selagi tidak memusuhi Islam terang-terangan.

Politik Islam berbeza dengan politik Parti Islam. Politik parti Islam pun adakalanya tidak mengikuti lunas2 Islam malahan berparti itu sendiri menjadikan kita berpuak2 dan berpecah belah yang dilarang oleh ajaran Islam.

Politik Islam menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan. Politik Parti Islam menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai alasan.

Politik Islam mengikut apa yang di ajarkan oleh Al-Quran dan Hadis 100% manakala Politik Parti Islam berdasarkan keuntungan semasa.

Politik Islam membela yang lemah dan tertindas, politik Parti Islam belum tentu membela yang lemah dan tertindas.

Apakah tiada perbezaan antara Politik Islam dan Politik Parti Islam ?

Antara Parti Politik Islam A dan Parti Politik Islam B ... siapa yang Islam ?

Bila 2 orang Islam saling berbunuhan, siapa yang akan masuk syurga ? NONE !!!


Andai kata Parti Politik dapat menyelesaikan masalah dunia, Dunia sudah aman sekarang kerana Parti Politik sudah berusia ratusan tahun.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...