Tuesday 4 February 2020

Rahmat Allah Kepada Rasulullah

*_RAHMAT ALLAH KEPADA RASULULLAH_*

Di antara rahmat Allah kepada Rasulullah SAW sebagai pemimpin kepada semua kaum dan bangsa ialah;

Baginda bukan sahaja mampu mempersatukan di antara puak-puak, kabilah-kabilah, kaum, golongan dan bangsa di dunia,
Tapi berjaya menanamkan kasih sayang di antara hamba dengan tuan, di antara badwi dengan orang pekan, di antara orang miskin dengan orang kaya

Mampu mendidik orang cinta-mencintai satu sama lain walaupun berlainan kaum dan warna kulit,
Boleh cinta-mencintai di antara Arab dengan Ajam, di antara bangsa Timur dengan bangsa Barat,
Di antara orang biasa dengan pembesar-
pembesar kaum dan bangsa,
Yang lebih aneh dari itu, boleh berkasih sayang di antara rakyat dengan para pemimpin

Setelah tercetus kasih sayang, cinta-mencintai, lahirlah satu bangsa yang bersatu padu,
Akibat dari kasih sayang dan cinta-mencintai, lahir pulalah buah akhlak yang mulia di antaranya:

Malu, pemurah, tawadhuk, mengutamakan orang lain, bertimbang rasa, perikemanusiaan yang tinggi, bekerjasama,
Secara otomatis pula tidak berlaku hasad dengki, pemarah, khianat, penipu, pembohong, berdendam, pergaduhan dan perbalahan

Ya Rasulullah,
Sungguh besar jasamu!
Jasamu patut dikenang oleh setiap orang di setiap zaman

Ya Allah!
Bila lagikah Engkau hendak lahirkan seorang pemimpin yang boleh membawa kasih sayang?
Yang dapat mempersaudarakan dan menyatukan semua golongan manusia seolah- olah hidup macam satu keluarga

Manusia hari ini di dunia ini di dalam penderitaan,
Kerana kehilangan kasih sayang di kalangan manusia,
Mereka satu sama lain sentiasa di dalam perpecahan dan perbalahan,
Satu sama lain sentiasa curiga-mencurigai bahkan, prejudis sesama sendiri,
Mereka sentiasa jatuh-menjatuhkan di antara satu sama lain,
Kata-mengata, hina-menghina, fitnah- memfitnah berlaku setiap hari,
Manusia sudah hidup terseksa dengan perbuatan mereka sendiri

Ya Allah,
Segerakanlah datangkan seorang pemimpin sebagai penyelamat,
Agar dengan pimpinannya manusia satu sama lain dapat dipersaudarakan semula

*_Menunggu pemimpin berwatak Rasul~_*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...