Thursday 28 May 2015

PAP vs DAP

Apa beza PAP dengan DAP ? Tak ada beza ... kedua-duanya adalah abang dan adik yang mempunyai agenda yang sama.

1. Memainkan emosi orang Melayu / Islam dan kemudian ...
2. Memecah belahkan orang Melayu / Islam dan kemudian ...
3. Menjajah orang Melayu / Islam
4. Memutarbelitkan sejarah Melayu / Islam
5. Penghapusan Melayu / Islam dari bumi sendiri

Singapura adalah bukti kukuh, Pulau Pinang sedang menyusul ...

Semoga Allah menyelamatkan Bumi Malaysia ini dari ancaman Yakjuj dan Makjuj serta Dajjal Laknatullah ini... dan mengembalikan Singapura ke daulah Islamiyyah ...

Modus Operandi yang sama ... mangsa yang sama  ... kesan yang sama ... dengan sedikit lakonan dan kata2 yg membuai hati dan qalbu ... negeri tergadai ... maruah terburai .. matlamat terbarai ...

Hanya kerana percaya Buku Jingga lebih dari Al-Quran dan Hadis ....


















 malah lagi hebat dari si penghuni neraka jahannam LKY ...








sumber gambar dari internet 



Wednesday 27 May 2015

Raja Melayu Singapura Yang Dilupakan


 Peninggalan Kesultanan Singapura : Dua pending, iaitu perhiasan emas berkerawang yang dipakai di dada atau pinggang, antara pusaka Sultan Hussain Shah


Singapura pernah beraja? Mungkin agak asing didengar pada hari ini, memandangkan Singapura kini merupakan sebuah negara-kota bercorak republik dan majoriti penduduknya berbangsa Cina. Tetapi hakikat bahawa sejarah Singapura yang pernah dibuka dan diperintah oleh Raja-raja Melayu tidak boleh dinafikan biarpun cuba digelapkan oleh pihak-pihak tertentu.

Sebenarnya, sejarah Raja-raja Melayu yang memerintah Negeri Singapura telah bermula lebih kurang sejak 700 tahun yang dahulu. Memetik buku Kisah Raja-raja Melayu Singapura oleh Agus Salim terbitan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP), senarai Raja-raja Melayu dahulukala yang pernah memerintah Singapura adalah seperti beikut :


1) Sri Tri Buana @ Sang Nila Utama (memerintah 1299-1347 M)

2) Raja Kecil Besar @ Paduka Seri Pikrama Wira (1347-1362 M)

3) Raja Muda @ Seri Rana Wira Kerma (1362-1375 M)

4) Dasia Raja @ Paduka Seri Maharaja (1375-1388 M)

5) Raja Iskandar Shah @ Sri Parameswara (1388- 1391 M)


*Tahun-tahun pemerintahan raja-raja Singapura ini dipetik Agus Salim daripada kajian Dr. W. Linehan, 1947, The King of 14th Century Singapore, JMBRAS 20(2).

Apa yang menarik, Munsyi Abdullah juga pernah mencatatkan penemuan sebuah Batu Bersurat di pulau tersebut yang telah dipecahkan oleh pegawai Inggeris sebelum sempat dibuat kajian ke atasnya. Mungkinkah Batu Bersurat tersebut ada menyimpan rahsia besar mengenai Bangsa Melayu?

Singapura kembali diperintah oleh Raja-raja Melayu pada penghujung hayat empayar Negeri Johor. Pada masa lalu, Johor merupakan sebuah negeri yang luas iaitu wilayahnya meliputi negeri Pahang, Johor, Singapura dan kepulauan Riau-Lingga pada hari ini. Ketika Sultan Johor ke-16 iaitu Sultan Mahmud Riayat Shah III (1761-1812) mangkat di Pulau Lingga, yang merupakan Ibunegeri Johor pada waktu tersebut, anakanda sulung baginda yang bernama Raja Hussain Syah atau Tengku Long berada di Pahang. Justeru itu, baginda tidak sempat menghadiri upacara pengebumian ayahandanya. Memandangkan Adat Melayu menyatakan pengganti Sultan perlu dimasyhurkan sebelum jenazah almarhum Sultan dapat dikebumikan, maka adinda Raja Hussain Syah yang bernama Raja Abdul Rahman telah ditabal sebagai Sultan Johor yang baru dengan gelaran Sultan Abdul Rahman Muadzam Syah.

Terdapat juga maklumat lain yang menyatakan Raja Hussain Syah tidak ditabalkan sebagai Sultan kerana bondanya, Cik Makoh binti Daeng Maturang merupakan orang kebanyakan.

Raja Hussain Syah yang kecewa dengan keadaan tersebut telah membawa diri ke Kampung Bulang di Pulau Penyengat, Riau, untuk memancing ikan dan hidup dalam keadaan sederhana sahaja. Penjajah British menerusi Syarikat Hindia Timur Inggeris yang berhasrat untuk menguasai Pulau Singapura telah dapat menghidu peluang yang muncul kesan daripada krisis di Istana Johor pada masa tersebut. Thomas Stamford Raffles kemudian telah mengarahkan Kolonel William Farquhar untuk mempelawa Raja Hussain Syah untuk ditabalkan sebagai Sultan Singapura yang pertama.

Tentu sekali Raja Hussain Syah ketika itu berasa ragu untuk menerima tawaran untuk menjadi ketua bagi sebuah negeri baru. Baginda kemudian tetap pergi ke Singapura dan ditabalkan sebagai Sultan Singapura di Padang, Singapura, pada 31 January 1819 dengan gelaran Sultan Hussain Syah. Enche Yahya, pencatit untuk Kolonel William Farquhar membaca pengisytiharan yang telah dibaca dalam bahasa Inggeris oleh seorang pegawai Inggeris, “Adalah dimaklumkan bahawa Governor-General Lord Hastings di India telah melantik Yang Teramat Mulia Raja Hussain Muazzam Shah sebagai Sultan Singapura yang pertama dan semua tanah jajahanya, dengan gelaran Sultan Hussain Muazzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Mahmud pada hari ini, 31 haribulan Januari, 1819.” Sultan Hussein Shah kemudian telah mengarahkan pembinaan Istana Kampong Glam pada 1820.

Munshi Abdullah yang pernah bekerja sebagai pencatat untuk Stamford Raffles di Melaka dulu, datang ke Singapura dalam bulan Jun, 1819 untuk menyambung tugasnya. Oleh sebab itu, Munshi Abdullah tidak dapat menyaksikan upacara pertabalan yang berlangsung di Padang. Bagaimanapun, dia telah diberitahu tentang apa yang telah berlaku oleh rakan dan kenalan yang menyaksikannya. Munshi Abdullah tidak senang dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak Inggeris. Dia tahu satu hari nanti, Sultan Singapura akan disingkirkan dan Singapura akan dikuasai oleh masyarakat bukan Melayu. Kesan pertabalan baginda amat besar kerana telah menyebabkan terpecahnya empayar Negeri Johor.

Kesan daripada Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, wilayah Johor di tanah semenanjung dan Singapura berada di bawah pengaruh Inggeris sementara Riau dan Kepulauan Lingga pula di bawah pengaruh Belanda. Di semenanjung, Negeri Pahang kemudiannya telah diperintah oleh keturunan Bendahara sementara Negeri Johor Moden pula telah diperintah oleh keturunan Temenggong sehingga kini. Di wilayah pengaruh Belanda pula, Keturunan Sultan Abdul Rahman Muadzam Syah kemudiannya menjadi Sultan-sultan Lingga sementara keturunan Yang Di-pertuan Muda menguasai Riau.

Tidak berapa lama selepas ditabalkan sebagai Sultan Singapura, Sultan Hussain Syah mula dihina dan diperlekehkan terutamanya oleh kumpulan pendatang dari China yang langsung tidak menghormatinya. Penjajah Inggeris telah mendatangkan orang Cina dan India ke Singapura semata-mata untuk menambahkan jumlah penduduk asing. Mereka tidak membawa atau menggalakkan orang Melayu dari Tanah Melayu mahupun pulau-pulau sekitar nusantara yang lain untuk tinggal di Singapura hanya untuk mengecilkan jumlah penduduk Melayu supaya hak dan kuasa Melayu di Singapura dapat disingkirkan. Jumlah penduduk asal iaitu masyarakat Melayu telah menjadi minoriti dan dengan ini kuasa politik mereka terhapus begitu sahaja. Sultan Hussain Syah menangis pada waktu malam apabila baginda sedar yang dirinya sekadar digunakan oleh penjajah Inggeris untuk menguasai Pulau Singapura.





Sultan Hussain Syah kemudiannya telah dipaksa untuk menandatangani “Treaty of Singapore” pada tahun 1824 untuk menyerahkan seluruh kekuasaannya di Singapura kepada penjajah British. John Crawford, Residen British telah mengherdik baginda dengan berkata “Tuan bukan Sultan lagi, tidak perlu tinggal disini”. Baginda berasa amat sedih hinggakan terpaksa berpindah ke Melaka dengan menaiki kapal bernama ‘Julia’ yang dimiliki oleh Sultan Kedah ketika itu pada 5 Jun 1834. Beliau tiba di Melaka lima hari kemudian. Baginda menetap di Melaka kerana dia mempunyai ramai keluarga di sana. Sultan Hussain Syah dihormati dan dihargai oleh penduduk Melayu di Melaka walaupun penduduk bukan Melayu tidak mengendahkan kehadirannya. Bagaimanapun, kehidupan baginda di Melaka tidak seperti di Singapura di mana baginda mempunyai pembantu dan pengawai kanan. Ditambah pula dengan kerisauan yang dialami yang akhirnya menyebabkan kemangkatan baginda lima belas bulan kemudian iaitu pada 5 September, 1835.





Jenazah baginda telah disemadikan di sebuah makam sederhana di penjuru tanah perkuburan dalam kawasan Masjid Trengkerah di Melaka, terbiar dan kurang dikenali oleh sesiapa. Cuma sebuah papan tanda sahaja yang menulis tentang riwayat hidupnya. Sedangkan baginda adalah watak penting dalam sejarah moden Singapura.



Makam Sultan Hussein Syah, Raja Singapura-Johor, di Melaka


Anak sulung Sultan Hussain Shah, Tengku Ali yang baru berumur 10 tahun kemudian ditabal untuk menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Singapura dalam sebuah acara yang sederhana di Istana Kampung Glam pada 10 Mac 1855 dengan gelaran Sultan Ali Iskandar Syah. Dan kehidupan baginda juga melarat disebabkan baginda tidak diberikan wang oleh pihak Inggeris yang telah menyekatnya apabila Resident Inggeris di Singapura selepas William Farquhar Raffles digantikan oleh John Crawfurd yang mempunyai sikap anti atau membenci Melayu. Sultan Ali kemudian turut mangkat di Melaka pada 21 Jun 1877 dan dimakamkan diperkarangan Masjid Jamek Kampung Umbai.



Sultan Ali Iskandar Syah, Raja Singapura-Johor. Baginda berkuasa di wilayah Kesang-Muar

Selepas kemangkatan baginda, anakandanya yang bernama Tengku Alam Syah menaiki takhta dengan gelaran Sultan Alauddin Mansur Syah. Walaubagaimanapun, pihak British tidak melantik baginda sebagai Sultan sebaliknya hanyalah sebagai Ketua Keluarga Di Raja Singapura. Baginda mangkat pada 26 Ogos 1891 dan disemadikan di Makam Di Raja Teluk Belanga, Singapura.





Anakanda baginda yang bernama Tengku Ali kemudiannya menggantikan ayahandanya sewaktu berusia 34 tahun tetapi tidak lagi memakai gelaran Sultan. Tengku Ali mangkat di Istana Kampung Glam pada 2 November 1918 dan digantikan oleh puteranya yang bernama Tengku Hussein yang mengambil alih jawatan Ketua Di Raja Singapura hingga tahun 1930-an.





Walaupun Kesultanan Singapura tidak secara rasmi terkubur, ia telah dilupakan hinggalah simbolnya yang terakhir, Istana Kampung Gelam yang ketika itu masih didiami oleh Kerabat Di Raja Singapura, diambil alih (atau lebih tepat, dirampas!) oleh pemerintah Singapura untuk diubahsuai dan dijadikan Pusat Warisan Melayu pada tahun 2002. Ada pernyataan lisan yang menyatakan tragedi tersebut berlaku kerana sumpahan yang menyatakan jika Kerabat Di Raja Singapura berpecah belah dan bermusuhan sesama sendiri, mereka akan kehilangan istana tersebut. Dengan hilangnya simbol terakhir Kesultanan Singapura itu, maka berakhirnya sisa-sisa Raja-raja Melayu yang pernah memerintah Singapura sejak dahulu kala.



Istana Kampung Gelam, kediaman rasmi Raja Singapura. Kini diubah menjadi Malay Heritage Centre.

satu perkongsian dari : http://ibnurusydi.blogspot.com/2010/06/raja-melayu-singapura-yang-dilupakan.html

Tuesday 26 May 2015

Dosa-dosa Lee Kuan Yew terhadap umat Melayu Singapura


Berdasarkan buku The Singapore Dilemma - The Political and Educational Marginality of the Malay Community karya Lily Zubaidah Rahim, penulis telah mengemukakan beberapa strategi atau program yang dilaksanakan oleh parti pemerintah iaitu PAP (abang DAP) untuk meminggirkan orang Melayu Singapura secara sistematik. Strategi tersebut ialah:
1. Mengekalkan taraf minoriti bilangan penduduk Melayu
Akibat kemerosotan kadar kelahiran penduduk Cina, Lee Kuan Yew telah mendedahkan semasa perhimpunan Hari Kebangsaan 1988 bahawa kerajaan akan cuba meningkatkan bilangan penduduk Cina dengan membawa masuk orang Cina dari luar negara terutamanya Hong Kong.
Menjelang 1988, sebanyak 4707 keluarga (80% Cina) telah berhijrah ke Singapura. Selain itu, kerajaan juga telah menubuhkan Jawatankuasa untuk menarik bakat ke Singapura (CATS) bagi menarik orang Cina dari negara luar supaya berhijrah ke Singapura. Sebaliknya, pekerja Melayu Malaysia menghadapi banyak masalah untuk mendapatkan permit kerja di Singapura.
Semua ini dilakukan untuk mengekalkan bilangan penduduk Cina, selain untuk mengekalkan dominasi politik PAP di Singapura.
2. Melemahkan Kuasa Undi Masyarakat Melayu
Bagi melemahkan kuasa undi orang Melayu, kerajaan telah melaksanakan program penempatan semula bandar dan dasar perumahan awam. Caranya ialah dengan menempatkan orang Melayu ke merata kawasan perumahan awam baru di seluruh Singapura. Kampung-kampung Melayu juga telah dihapuskan dan digantikan dengan perumahan awam moden.
Akibatnya, tiada lagi kawasan majoriti Melayu di Singapura. Oleh itu, parti berteraskan Melayu seperti PKMS gagal untuk memenangi sebarang kerusi pada pilihanraya. Maka, orang Melayu telah kehilangan suara untuk menuntut sebarang hak atau berunding sesuatu perkara dengan kerajaan.
3. Kuota kediaman etnik

Bagi terus menyekat kuasa politik Melayu, PAP telah memperkenalkan kuota kediaman etnik. Ini bagi memastikan jumlah orang Melayu tidak melebihi 20% daripada jumlah penduduk di mana-mana kawasan pilihanraya dan tidak melebihi 22% daripada penduduk mana-mana blok perumahan awam.
Bagi orang Cina pula, kuota mereka pula hendaklah mencapai 80% di kawasan pilihanraya dan 87% di blok perumahan awam. Kuota ini dikuatkuasakan dengan tidak membenarkan orang bukan Melayu menjual rumah pangsa mereka kepada orang Melayu.
Pada pendapat PAP, sebuah blok perumahan yang mengandungi 26% orang Melayu dianggap perkauman, tetapi dianggap sebaliknya untuk 80% penduduk Cina di sesebuah blok perumahan.
4. Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC)
Selepas pilihanraya 1988, kerajaan telah melaksanakan GRC ini di mana mengintegrasikan 39 kawasan pilihanraya kepada 13 wad pemilih. Maknanya, setiap wad terdiri daripada penyatuan 3 kawasan pilihanraya yang berjiranan. Oleh yang demikian, setiap pengundi bukan mengundi untuk seorang calon, tetapi satu pasukan calon dari sesebuah parti politik.
Sistem ini menghendaki setiap pasukan GRC wajib mempunyai seorang ahli etnik minoriti. Akibatnya, parti Melayu PKMS gagal meletakkan calon dalam mana-mana GRC. Ini kerana kawasan yang mengandungi ramai pengundi Melayu seperti Eunos, Bedok dan Kampung Kembangan telah dimasukkan dalam wad GRC.
Sistem ini selain bertujuan untuk mengukuhkan dominasi PAP dalam politik Singapura, ia juga untuk melemahkan suara etnik minoriti khususnya Melayu.
5. Pengubahan fakta sejarah Singapura

Bagi menghapuskan perkaitan orang Melayu dengan asal-usul Singapura, kerajaan PAP telah mengubah fakta sejarah Singapura di dalam buku teks dengan menyatakan bahawa asal usul Singapura adalah bermula pada tahun 1819 iaitu semasa ia dibuka oleh Stamford Raffles.
Padahal, semua orang tahu bahawa Singapura yang dulunya dikenali sebagai Temasik telah dibuka oleh Sang Nila Utama dan pernah mempunyai Sultan. Perubahan sejarah ini bertujuan untuk menafikan fakta bahawa Singapura memiliki hubungan yang rapat dengan orang Melayu sebagai kaum peribumi.
6. Peminggiran pendidikan orang Melayu

Bahasa Melayu tiada nilai di Singapura. Semua sekolah dan universiti menggunakan bahasa pengantar Bahasa Inggeris. Maka, pelajar Melayu yang berpendidikan Melayu sukar untuk mendapatkan peluang pekerjaan di sektor awam mahupun swasta yang lebih mementingkan Bahasa Inggeris.
PAP juga telah mengurangkan promosi persekolahan Melayu dan memotong jumlah biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar Melayu.
Kerajaan juga telah mengetatkan kemasukan ke universiti dengan mewajibkan pelajar lulus dalam subjek Matematik dan Sains selain pemansuhan subjek Pengetahuan Agama. Isu secara tersiratnya ialah untuk menghalang lebih ramai pelajar Melayu dapat masuk ke universiti. Kelemahan pelajar Melayu dalam subjek Matematik dan Sains telah menyukarkan lagi mereka untuk belajar di universiti.
Bantahan daripada orang Melayu mengenai isu tersebut tidak dilayan oleh kerajaan.
Sebagai tambahan...
7. Tiada lagi orang Melayu dilantik sebagai Presiden Singapura

Sejak Yusuf Ishak dilantik sebagai Presiden pertama Singapura, tiada lagi orang Melayu yang dilantik sebagai Presiden Singapura sehingga kini. Walaupun merupakan kaum kedua terbesar di Singapura, PAP lebih rela melantik kaum India sebagai Presiden Singapura.
8. Azan tidak dibenarkan dilaungkan dengan pembesar suara

Monday 25 May 2015

Muzium Kebangsaan Singapura Ubah Fakta Sejarah Tentang Orang Melayu






Masih menunggu bilakah lagu kebangsaan Singapura akan di tukar daripada " Majulah Singapura " dan bendera Singapura di buang " Bulan Sabitnya " dan Presiden Pertama Singapura di tukar kepada bangsa selain Melayu dan Dolar Singapura dibuang identiti Melayunya.

Kalaulah kelima2  lambang kebesaran Singapura ini  1. Nama Negara - Singapura 2. Lagu Kebangsaan - Majulah Singapura 3. Bendera Singapura - Bulan Sabit ( Islam )  4. Presiden Pertama - Yusof Ishak seorang Melayu , tak apalah kalau masih tak mahu mengaku sebagai orang Melayu. tetapi Minangkabau, masih Kepulauan Melayu  dan identiti Melayu di Dolar Singapura ,masih tak dapat menunjukkan asal usul Singapura, tak tahulah Universiti mana yang orang Singapura ni pi mengaji. Tak guna duit banyak tapi bengong. Siapa yang mempertahankan Singapura sewaktu di serang Jepun dahulu ?


Kalaulah orang Melayu tak penting kepada Singapura, kenapa bahasa Melayu dan Bangsa Melayu digunakan oleh institusi tertinggi negara Singapura. Malulah Majulah Singapura. Dan kalau orang Cina yang awal datang ke Singapura kenapa bukan orang Cina yang menjadi Presiden Pertama Singapura, kenapa lagu kebangsaan Singapura bukan dalam bahasa Cina dan kenapa Dolar Singapura mempunyai wajah seorang Melayu ? bukan Cina. Kenapa bendera Singapura ada bulan sabit, kenapa tak letak bintang sahaja ? Kenapa masih banyak tempat di Singapura mempunyai nama Melayu, padahal orang Melayu cuma 10% sahaja daraipada populasi Singapura sekarang ini ?  Kenapa takut dengan Melayu ? Kenapa benci dengan orang Melayu ? Padahal Melayu diantara bangsa paling baik hati di dunia ini. Orang Melayu tak sukakan keganasan malah amat bertoleransi.

Dan paling memalukan adalah, Pemimpin Peringkat Tertinggi Negara Singapura sendiri tidak berani mempertahankan Sejarah Awal Singapura. Ini baru betul Malulah Singapura.






Ini adalah dapatan dari wall facebook rakan TM di Singapura, Beliau terkejut dengan fakta sejarah mengenai orang Melayu yang dikatakan berasal dari tanah Arab dan lebih menyedihkan kedatangan orang Melayu adalah terkemudian daripada kedatangan Stamford Raffles.

Menurut muzium tersebut bahawa Sejarah Singapura telah bermula dengan kedatangan kaum cina yang berlayar ke Singapura sebagai pedagang ( sebenarnya kuli kepada Inggeris ) ! dan membuka Singapura. Ia berlaku sebelum kedatangan Raffles.

Dengan sendirinya ia melenyapkan sejarah Kesultanan Melayu Singapura, kisah Singapura di langgar todak dan kisah Sang Nila Utama, anak raja yang membuka pulau Singapura.

sumber : http://taipingmali.blogspot.com/2013/08/muzium-kebangsaan-singapura-ubah-fakta.html

Sunday 24 May 2015

Manfaat Kalimah BISMILLAH

Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung kampung. Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tghhari. tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak.

Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan begitu? Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak tiu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat panjang begitu juga jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan.

Menurut salah satu drpd budak2 itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi. Tok Dahaman bertanya di mana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sah lah yg budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.

Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar.

Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya.

Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.

Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat org lelaki.

Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai. Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org yg memasak tidak membaca Bismillah...), syaitan-syaitan tersebut ada yg meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk...Ada juga yg muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia.

Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu. Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri.

Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpa lah dia dgn bapa syaitan tersebut. Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boeh melihat syaitan.

Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka. Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka. mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah.

Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan. Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek.

Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau tidak. Begitulah hal nya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan. Sebelum makan, sebut lah nama Allah...atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH.....

DIPETIK DRP MAJALAH IKTIBAR, EDISI PENGENALAN, CETAKAN PERTAMA 1999.

Friday 15 May 2015

Said Zahari calls Singapore's Lee Kuan Yew "a political coward"


Ladies and Gentlemen,

Said Zahari was a Singapore opposition politician, jailed 17 years without trial by Lee Kuan Yew, Singapore's strongman. On Feb 2, 1963, in what was called Operation Coldstore, Singapore's Lee Kuan Yew arrested 107 people, arbitrarily jailing them for allegedly being communists. Although none of them were in fact Communists and there was nothing illegal in it, Lee Kuan Yew used the Internal Security Act, a law put in place by the British, to put away his political opponents through the expedient that they were Communists and therefore a threat to Singapore's security.

In the video "Zahari's 17 years" by Singapore filmmaker Martyn See, Zahari publicly called Lee Kuan Yew "a political coward". He said only a coward would resort to jailing his opponents instead of taking them in a political discourse and letting the best man win. According to Zahari, Lee Kuan Yew knows that he cannot win in a contest of ideas with his critics. Fearing he would lose, he eliminates his opponents by abusing the law, using his police force and compliant judges to put away those who disagree with him. According to Zahari, these are the acts of “a political coward”.

You can watch Martyn See's film, "Zahari's 17 years" on his blog "the Singapore Rebel" www.singaporerebel.blogspot.com. The film was shot in Kuala Lumpur Malaysia where Zahari lives as a permanent resident. Zahari is still a Singapore citizen.

There is no doubt. Zahari was spot on when he said Lee Kuan Yew is "a political coward". His cowardice continues to this day. Yes, Singapore has some skyscrapers and manicured lawns. But these things do not make him any less "a political coward". These are some shameful instances that drive home this fact.

JB Jeyaretnam, a worthy opposition politician of the Worker's Party challenged Lee Kuan Yew's policies since 1974. As Lee Kuan Yew feared taking on the late JB Jeyaretnam in free and fair elections, instead he repeatedly uses the law with compliant judges and compliant police officers to arrest imprison and bankrupt Jeyartnam, effectively removing him from the political arena. I need not list out the details as most Singaporeans are aware of the injustices perpetrated against him by this man whom Zahari calls "a political coward".

In May 21, 1987, Lee Kuan Yew arrested 22 church and political activists in Operation Spectrum generally known as the Marxist conspiracy claiming they were planning to overthrow the government and replace it with a Marxist government. This of course was totally untrue. All they were trying to do is to replace this dictatorship with a democratic government. Coincidentally, at this time, in the Philippines, there was massive unrest in the streets of Manila against the dictatorship of Ferdinand Marcos. Fearful as to what may happen to him if this happened in Singapore, Lee Kuan Yew yet again, as the "political coward" that he is, removes them through the misuse of the Internal Security Act to arrest, and torture them.

Then we have Dr. Chee Soon Juan of the Singapore Democratic Party another of his dissenters, whom he repeatedly jails and bankrupts, through his minions such as Judge Belinda Ang Saw Ean. Just like his other minions, she shamelessly abuses the law by ordering him to pay Lee Kuan Yew $410,000 in court ordered damages merely for legitimate criticism.

Zahari's charge that he is "a political coward" is again borne out by these facts. If he is not "a political coward" which is a damning charge, why does he not sue Zahari in court either in Singapore or in Kuala Lumpur? Over the years, he has sued others for saying much less. Francis Seow has written various books from his home in exile in the USA saying not just this but even more. Why is he not suing Francis Seow?

In Sept 17, 2008, while I was in Singapore, I was sent to jail for 3 months for "insulting" (according to Singapore's dictatorship) Judge Belinda Ang Saw Ean by calling her a stooge of Lee Kuan Yew and a corrupt judge in this blog. All I did was to say that she "prostituted her position as a judge" by favoring Lee Kuan Yew as against Dr. Chee Soon Juan in a defamation trial brought on by Lee. After I left Singapore, from the United States I have said this again in this blog. If the purpose of sending me to jail was to stop me from calling her his stooge and to stop people in Singapore from reading my criticism, why then is he not suing and charging me while I am here in the US? Why is he not applying to have me extradited to Singapore for being a fugitive having broken the laws of Singapore? Are Singaporeans not continuing to read the charges that I level against these corrupt judges? Is this not further proof of what Zahari had leveled against him; that he is nothing more than "a political coward"?

Lee Kuan Yew had hoped that he could abuse the law, like he has done with all his other political opponents, and send me into oblivion after a 3 month jail term; and thereafter I would be forgotten as so many other of his political detractors. But I simply refuse to go away and remain determined to continue exposing his abuse of the law and state institutions in Singapore.

Blogs such as this and the literature on the Internet continue to weaken his authority. Only a few days ago the state controlled newspaper the Straits Times reports the increasing difficulty he faces in attracting Singaporeans to join his political party to contest elections, despite the fact they would stand to profit by millions of dollars and a great career. The only reason for this is that people now know his days in power are numbered and they don't want to take the risk of backing the wrong horse. As Singapore does not have any investigative journalism, since the media is state controlled, one will never know the whole truth. But if I could take a guess. Civil servants are leaving their jobs in droves and there are no new recruits; the Singapore Police Force is not achieving their recruiting target as Singapore policemen are leaving and there are no new entrants, with places being filled up by foreigners such as Malaysians. The legal profession continues to shrink with the lawyer population being less than 3,000 in a country of 4.5 million! It is becoming increasingly difficult to recruit new lawyers into the Singapore Legal Service to serve as government lawyers.

With the Singapore Administration being a pyramid, with Lee Kuan Yew at the top and everyone taking a queue from him; as he is now roundly disgraced, it sends jitters down the spine of each and everyone of his minions that the horizon is no longer safe. He is not the horse that a wise punter should be backing.

This is the moment when every Singaporean who cares about Singapore to realize that something can be done. With the prospect of changing this government through civil parliamentary elections almost impossible, the only avenue remaining is peaceful protest and civil unrest. And such an action in this precarious position this dictator finds himself in, has great prospect of success.

So this is the moment. Carpe Diem. Seize the day. Fortune is on the side of the truth. It must only be so.

satu perkongsian dari : http://singaporedissident.blogspot.com/2009/04/said-zahari-calls-singapores-lee-kuan.html

Thursday 14 May 2015

Persepsi tentang mindset Orang Melayu - Miskin



Miskin : bukan orang Melayu saja miskin, bangsa lain pun miskin juga

Pro : Redha dengan takdir, tidak berputus asa, tetap kepada islam

Kon : Ketinggalan semakin lama semakin jauh,

Fakta :

1. Dahulu orang Melayu ada yang kaya dan ada yang miskin. Memang biasa sebab hampir semua penduduk sini adalah orang Melayu. Kemudian datang lah penjajah membawa masuk pendatang2 dari Cina dan India. Lepas itu bermulalah aktiviti mengubah cara hidup oleh orang2 Cina dan India, manakala orang Melayu hanya sebagai pemerhati. Lepas orang Cina dan India lebih maju barulah orang Melayu sedar dah ketinggalan, banyak tanah dah terlepas, banyak duit dah disedekahkan kepada orang2 Cina melalui perniagaan mereka ( orang Cina kaya kerana duit orang Melayu ).

2. Jadi apabila kerajaan membuka peluang kepada orang Melayu untuk maju, menjadi tanggungjawab fardhu ain kepada semua orang Melayu untuk berusaha merebut peluang yang ada. Mungkin sebelum ini roda ekonomi orang Melayu berada di bawah, akan tetapi dengan sedikit usaha yang berkesan orang Melayu boleh ke hadapan semula.

Monday 11 May 2015

PERANCANGAN PELABURAN PERIBADI UNTUK PELABUR MALAYSIA



KANDUNGAN

BAHAGIAN 1 – MEMAHAMI PELABURAN

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pelaburan
2. Jenis-jenis Pelaburan

BAHAGIAN II – PERANCANGAN KEWANGAN

1. Nilai kedudukan kewangan anda
2. Sediakan pelan kewangan sendiri
3. Memahami risiko Pelaburan
4. Pelbagaikan Pelaburan anda
5. Profit risiko anda
6. Pemikiran yang rasional
7. Awasi Pelaburan anda
8. Melabur dengan bijak : Yang jangan dan yang mesti dilakukan
9. Berwaspada dengan beberapa peraturan dagangan

BAHAGIAN I - MEMAHAMI PELABURAN

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PELABURAN?

Apabila hendak mengumpul wang untuk mengerjakan haji, membeli rumah atau untuk masa
depan anak-anak, kebanyakan kita hanya memikirkan untuk menyimpan wang di bank. Tetapi
kini, terdapat beberapa pilihan yang boleh menambah simpanan anda seperti yang sering disebut
sebagai, "membuat wang anda bekerja untuk anda." Biasanya, wang yang kita simpan di bank
tidak akan tumbuh melebihi kadar inflasi tetapi ia mempunyai kelebihan besar iaitu hampir bebas
daripada risiko. Sebaliknya, pelaburan yang dirancang dengan teliti boleh membawa kadar
pulangan yang lebih tinggi. Bagaimana pun, risiko yang dikaitkan dengan pelaburan juga lebih
tinggi.

Kalau begitu, apakah yang dimaksudkan dengan pelaburan? Pelaburan adalah komitmen dana
kepada satu aset atau lebih yang akan dipegang untuk satu tempoh pada masa hadapan, dengan
harapan aset tersebut akan menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi. Aset yang dimaksudkan
merangkumi aset dalam bentuk ketara seperti hartanah atau aset kewangan tak ketara seperti
sekuriti kewangan. Kesesuaian pelaburan atas aset-aset ini adalah bergantung kepada matlamat
dan objektif kewangan anda.

Anda boleh menikmati pulangan pelaburan yang lebih baik dengan membuat pelaburan yang
bijak. Pelabur bijak sentiasa mencari peluang pelaburan yang akan menghasilkan pulangan lebih
tinggi.

Andaikan anda berjaya menyimpan sedikit wang setiap bulan dan kini anda mempunyai jumlah
terkumpul yang banyak. Apakah yang akan anda lakukan dengan wang tersebut? Bagaimana
hendak memastikan wang simpanan itu menghasilkan pulangan yang lebih tinggi?
Anda tahu bahawa RM100 yang disimpan di bawah bantal tetap akan kekal RM100 walaupun
masa berlalu selama sepuluh atau dua puluh tahun atau selama-lamanya. Sebaliknya,
menyimpan wang dalam bank mungkin hampir tiada risiko tetapi kuasa beliannya pula sentiasa
merosot disebabkan inflasi dan cukai. Oleh itu, anda harus mencari alternatif pelaburan dan
membuat perancangan pelaburan dengan bijak untuk mengembangkan nilai pelaburan anda dan
seterusnya mendapat pulangan yang terbaik.

JENIS-JENIS PELABURAN

Pasaran modal Malaysia menawarkan beberapa jenis produk pelaburan seperti saham, saham
pinjaman, bon, waran dan amanah saham. Jenis produk yang dipilih oleh pelabur untuk melabur
bergantung kepada pelbagai faktor seperti matlamat kewangan anda, tempoh masa, dan jumlah
modal yang dimiliki.

Lazimnya, terdapat dua bentuk pelaburan. Pelaburan fizikal merangkumi hartanah, kilang, jentera
dan lain-lain bentuk aset ketara. Pelaburan kewangan pula merangkumi sekuriti seperti saham,
bon, waran dan lain-lain bentuk aset kewangan tak ketara. Sekuriti adalah dokumen formal yang
menjadi bukti pelaburan kewangan di mana nama pemilik dan hak pembayaran balik antara
kedua-dua pihak dicatatkan.

Sebahagian besar daripada pelaburan kewangan merangkumi sekuriti ekuiti dan sekuriti hutang.
Sekuriti ekuiti, misalnya saham sebuah syarikat, membuktikan pemilikan seluruh atau sebahagian
daripada sebuah syarikat atau aset produktifnya. Perlu diingat, tiada jaminan bahawa pemilik
sekuriti ekuiti akan menerima balik jumlah modal yang dilaburkan atau pulangan tetap bagi
pelaburan mereka. Ini bermakna, seorang pelabur ekuiti itu mengambil risiko kerana pulangan
akan hanya diterima pada masa akan datang, bergantung kepada prestasi syarikat.

Sekuriti hutang sebaliknya mempunyai kadar faedah tetap dan tarikh matang tertentu, yakni
segala-galanya telah ditetapkan kecuali nilai pasaran, yang turun naik bergantung kepada
pergerakan kadar faedah dalam ekonomi. Sebagai pelabur sekuriti hutang, risiko yang
ditanggung termasuklah sama ada pembayaran faedah akan diterima atau tidak dan sama ada
nilai pokok pinjaman akan dibayar balik. Antara contoh sekuriti hutang adalah bon kerajaan dan
swasta, stok pinjaman, bil perbendaharaan dan lain-lain.

Pelaburan Kacukan

Berdasarkan perkembangan dan evolusi produk dalam pasaran modal kita, kini wujud beberapa
pelaburan kacukan yang menggabungkan ciri pelaburan hutang dan ekuiti. Anda mungkin pernah
dengar mengenai saham pinjaman yakni saham yang boleh dikeluarkan dalam bentuk stok
pinjaman tidak bercagar boleh tukar boleh tebus (redeemable convertible unsecured loan stock
atau CULS) atau stok pinjaman tidak bercagar boleh tukar tidak boleh tebus (irredeemable
convertible unsecured loan stock atau ICULS). Jika saham pinjaman itu adalah ICULS, pemegang
terpaksa menukar saham pinjaman kepada saham apabila sampai tarikh matang mengikut nisbah
penukaran dan harga penukaran yang telah ditentukan terlebih dahulu.

CULS menggabungkan kelebihan tertentu bon dengan pilihan untuk menukar bon kepada saham
biasa. Pada hakikatnya, CULS mempunyai elemen "peruntukan panggilan" di mana syarikat boleh
membuat panggilan pada harga yang telah ditetapkan dalam jangka masa tertentu, biasanya
antara empat hingga lima tahun. CULS memiliki hak istimewa untuk ditukar kepada saham biasa
berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan, yang dikenali sebagai keistimewaan penukaran.
Mengapakah CULS diterbitkan? Keistimewaan penukaran merupakan ciri tambahan yang
membuatkan pembelian bon jenis ini lebih menarik. Ia boleh mengurangkan kos pinjaman
syarikat (dengan membayar kadar faedah tetap yang lebih rendah) dan membolehkan syarikat
mengeluarkan ekuiti tidak langsung yang lebih berfaedah berbanding menjual saham biasa.
Pemegang CULS akan menerima pulangan tetap daripada bon dan diberi pilihan untuk menukar
CULS kepada saham biasa bagi mendapat keuntungan sekiranya berlaku kenaikan dalam harga
saham. Kelebihan ini sesuai bagi pelabur yang mahu berkongsi pertumbuhan syarikat tetapi tidak
sanggup menanggung risiko yang tinggi, tetapi sanggup menerima pulangan yang lebih rendah
bagi memiliki hak untuk menukar bon kepada saham biasa.

Saham keutamaan juga adalah satu bentuk ekuiti kacukan, yang membolehkan pemegangnya
menerima dividen tetap (saham biasa tidak berhak menerima dividen tetap). Biasanya dividen
tetap ini adalah berdasarkan peratusan daripada nilai nominal/nilai tara saham. Saham
keutamaan yang mempunyai hak menerima tunggakan dividen yang belum lagi dibayar dikenali
sebagai saham keutamaan kumulatif. Manakala saham keutamaan yang tidak berhak menerima
tunggakan dividen dikenali sebagai saham keutamaan tak kumulatif.

Stok dan Saham

Apabila anda membeli stok atau saham biasa, anda memiliki sebahagian daripada syarikat dan
berhak mengundi dalam mesyuarat agung. Setiap saham adalah pegangan kecil hak milik
sesebuah syarikat dan anda boleh membeli sejumlah kecil atau sejumlah besar lot saham
bergantung kepada wang yang anda miliki. Sebagai pemegang saham, anda akan menerima
faedah daripada keuntungan yang diperolehi syarikat dalam bentuk dividen yang dibayar kepada
anda, dan juga daripada pertumbuhan nilai syarikat tersebut.

Mengapakah syarikat menerbitkan saham? Dengan menerbitkan saham, syarikat akan
memperoleh dana untuk meneruskan operasi dan mengembangkan perniagaan tanpa perlu
membuat pinjaman daripada lain-lain sumber seperti pinjaman daripada bank perdagangan
(pinjaman ini boleh meningkatkan risiko kewangan syarikat).

Anda perlu menyedari bahawa pembelian saham mempunyai risiko tertentu. Contohnya, apabila
prestasi syarikat merosot, harga saham syarikat mungkin akan jatuh dan anda mungkin tidak
akan menerima sebarang dividen. Terdapat juga faktor-faktor lain yang mungkin mempengaruhi
harga saham anda, umpamanya prestasi pasaran saham secara keseluruhan dan keadaan
ekonomi negara. Ada juga kemungkinan anda kehilangan semua wang pelaburan jika syarikat
menutup perniagaannya. Selain daripada itu, terdapat juga saham yang sukar dijual kerana
kekurangan permintaan. Oleh itu, amat penting bagi pelabur untuk membuat pilihan yang bijak
dan tepat ketika hendak membuat pelaburan.

Penasihat kewangan biasanya mengesyorkan saham sebagai sebahagian daripada portfolio
pelaburan. Tujuan utama berurus niaga saham sudah tentulah untuk mendapatkan keuntungan
dengan membeli pada harga rendah dan menjual pada harga yang tinggi. Bagi para pelabur
jangka panjang, memilih saham berdasarkan faktor-faktor asas syarikat adalah amat penting,
yakni mereka harus mengetahui latar belakang syarikat yang bakal dilaburkan. Oleh itu, amat
penting anda membaca dan memahami prospektus, laporan kewangan dan pengumuman
korporat yang diedarkan oleh syarikat-syarikat tersenarai kepada pemegang saham dan orang
awam.

Ketika membuat pilihan untuk membeli saham, anda seharusnya meneliti beberapa faktor seperti
latar belakang syarikat dan pengurusannya, kekuatan kewangan syarikat, nisbah harga perolehan
dan hasil dividen, prospek pertumbuhan perolehan dan kebolehan syarikat untuk bersaing.
Pelabur yang bijak akan meneliti faktor-faktor tersebut sebelum melaburkan wang kerana ia
boleh mempengaruhi harga saham.

Dalam urus niaga saham, terdapat dua lagi jenis terbitan saham iaitu terbitan bonus dan terbitan
hak. Terbitan bonus adalah terbitan baru saham biasa kepada pemegang saham yang sedia ada
dan mereka tidak perlu membuat bayaran untuk mendapatkannya tetapi sebaliknya pembayaran
diambil daripada rizab syarikat.

Terbitan bonus juga diberi berdasarkan nisbah tertentu dan setiap pemilik saham biasanya
mempunyai hak untuk terbitan bonus berkadar terus dengan jumlah pemilikan saham dalam
syarikat berkaitan. Terbitan bonus digunakan untuk memperbesarkan modal syarikat dan
mungkin juga digunakan sebagai satu cara untuk memberi ganjaran kepada pemegangpemegang
saham yang sedia ada. Untuk menerima saham bonus, anda perlu memberi perhatian
kepada lepas tarikh kerana hanya saham-saham yang dibeli sebelum lepas tarikh sahaja yang
berhak menerima saham bonus.

Tempoh daripada hari pertama pengumuman hak saham bonus atau terbitan hak atau dividen,
sehingga hari sebelum lepas tarikh kerap dirujuk sebagai serta tempoh. Pada amnya, serta
adalah awalan yang bermaksud "bersama." Saham yang serta dividen bermakna pembeli berhak
menerima dividen yang telah ditetapkan pada masa itu. Begitu juga bagi serta hak dan serta
bonus di mana pelabur akan mendapat hak bagi bonus atau terbitan hak berkaitan.

Terbitan hak memberi pemegang saham yang sedia ada hak untuk melanggan saham biasa baru
pada harga terbitan yang lebih rendah daripada harga pasaran biasa dan pada nisbah yang sama
dengan saham mereka yang sedia ada. Syarikat akan melaksanakan terbitan hak apabila mereka
mahu mendapatkan dana tambahan untuk membiayai keperluan modal mereka.

Ketika menawarkan terbitan hak, syarikat akan mengedarkan surat penguntukan sementara
(provisional allotment letter atau PAL) kepada semua pemegang saham sedia ada untuk
memberitahu mereka mengenai hak terhadap terbitan hak. Pemegang saham dikehendaki
mematuhi semua arahan yang terdapat dalam PAL ketika melaksanakan hak mereka untuk
memperoleh saham baru. Jika anda memilih untuk tidak melaksanakan hak anda, anda boleh
menjual PAL di pasaran terbuka (jika disebut harga) atau menyerahkan hak tersebut kepada
orang lain.

Anda tentu pernah melihat saham kategori 'A' disenaraikan dalam akhbar dan majalah pelaburan.
Penyenaraian saham 'A' merujuk kepada terbitan saham yang tidak layak menerima hak seperti
dividen, bonus dan terbitan hak. Saham ini kemudiannya akan bergabung dengan saham yang
sedia ada selepas tarikh hak. Selepas digabungkan, ia akan menjadi saham biasa dan
mempunyai ciri-ciri yang sama dengan saham biasa yang sedia ada.

Bon

Pada amnya, bon diterbitkan oleh kerajaan, agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat
korporat, dan biasanya mempunyai ciri-ciri berikut :

1. tarikh matang atau tempoh yang ditetapkan
2. kadar bayaran faedah tetap (kadar kupon)
3. nilai nominal / nilai tara boleh tebus apabila matang

Apabila membeli bon, seseorang pelabur sebenarnya memberi pinjaman kepada penerbit bon
sama ada kerajaan atau syarikat. Sebagai pulangan, pelabur akan menerima bayaran faedah
tetap dan juga nilai nominal/nilai tara apabila bon tersebut matang pada tempoh yang telah
ditetapkan. Bon juga kerap dirujuk sebagai sekuriti pendapatan tetap atau sekuriti faedah tetap.
Di Malaysia, antara istilah yang digunakan untuk bon korporat termasuk debentur dan terbitan
hutang persendirian.

Bon digemari di kalangan pelabur kerana dua sebab: ia memberi aliran pendapatan yang stabil
dan juga peluang untuk mendapat keuntungan modal hasil daripada peningkatan nilai bon di
pasaran. Bagaimanapun, risiko kadar faedah dan risiko harga tetap dikaitkan dengan pembelian
bon memandangkan harga bon sentiasa turun naik mengikut pasaran. Secara amnya, apabila
kadar faedah naik, harga bon akan turun dan sebaliknya.

Bagi sesetengah pelabur, saham dianggap berupaya menghasilkan pulangan yang lebih tinggi
berbanding bon. Pelabur lain pula beranggapan bon mempunyai tahap risiko lebih rendah tetapi
lazimnya menawarkan pulangan yang lebih tinggi berbanding dengan menyimpan wang di bank.
Dengan lain perkataan, bon menyediakan keseimbangan yang baik bagi mereka yang terlalu
berhati-hati untuk membuat pelaburan yang banyak dalam pasaran saham tetapi ingin
memperoleh pulangan yang lebih banyak daripada menyimpan wang di bank.

Pasaran bon di Malaysia merangkumi bon kerajaan dan bon persendirian atau korporat. Pada
mulanya, bon kerajaan diterbitkan untuk memenuhi keperluan pelaburan Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) dan untuk membiayai defisit belanjawan kerajaan. Kemudian bon
diterbitkan untuk memperolehi dana untuk membiayai perbelanjaan pembangunan sektor awam.
Jenis utama bon kerajaan yang diperdagangkan adalah Bil Perbendaharaan Malaysia (MTB), Bil
Bank Negara (BNB), Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Sijil Pelaburan Kerajaan (GIC).
Bon korporat adalah antara instrumen hutang yang diterbitkan oleh syarikat untuk memperoleh
modal. Bon korporat diterbitkan dengan tempoh matang yang telah ditetapkan, dan pembayaran
faedah yang tetap kepada pelabur. Bon ini diurus niaga di pasaran sekunder oleh institusi
pelaburan seperti syarikat kewangan dan rumah diskaun. Bon kerajaan dan korporat biasanya
didagangkan oleh institusi dan dalam jumlah yang besar.

Pelabur runcit boleh membuat pelaburan bon melalui dana bon dan dalam saham pinjaman
seperti saham pinjaman boleh tukar atau tidak boleh tukar dan saham pinjaman tercagar atau
tidak tercagar yang disenaraikan di pasaran sekunder.

Waran dan Hak Langganan Boleh Pindah (TSR)

Hak Langganan Boleh Pindah (TSR) atau kini lebih dikenali sebagai waran, memberi
pemegangnya hak tetapi bukan kewajipan, untuk melanggan saham biasa baru pada harga kuat
kuasa yang telah ditetapkan dalam tempoh masa tertentu. Perlu diingat bahawa waran tidak
bernilai lagi selepas tempoh masa yang ditetapkan.

Apabila membeli waran, bayaran yang dijelaskan biasanya lebih rendah daripada harga saham
atau aset pendasar yang diliputinya, justeru ia tidak memerlukan modal yang tinggi berbanding
membeli saham atau aset pendasar daripada pasaran secara langsung. Oleh itu, waran memberi
anda hak untuk membeli instrumen dasar pada harga yang telah dipersetujui dalam jangka masa
yang telah ditetapkan.

Misalnya, jika anda membeli waran untuk saham sebuah syarikat, anda lebih dahulu dikehendaki
membayar harga waran (misalnya RM0.50 satu unit), yang biasanya lebih rendah daripada harga
saham. Dalam tempoh yang telah ditetapkan, waran memberi anda hak untuk melanggan saham
pada harga kuat kuasa yang ditetapkan, misalnya RM2 bagi setiap saham. Jika harga pasaran
saham itu naik melebihi RM2, anda boleh membuat keputusan untuk menguatkuasakan hak anda
dengan membeli saham pada harga yang dipersetujui iaitu RM2.

Sekiranya keadaan yang sebaliknya berlaku, iaitu harga aset pendasar atau saham seperti yang
terdapat dalam contoh di atas jatuh bawah paras RM2, anda boleh membuat keputusan untuk
tidak menguatkuasakan hak anda untuk melanggan saham tersebut pada harga RM2 kerana
ianya tidak lagi menguntungkan. Ia tidak lagi menarik kerana anda boleh membelinya di pasaran
dengan harga yang lebih rendah. (Contoh yang diberi di atas hanyalah sebagai gambaran dan
tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan untuk membeli atau menjual waran).
Ingatlah bahawa waran tidak bernilai lagi selepas tamat tempoh pelaksanaan yang ditetapkan.

Kontrak Hadapan, Niaga Hadapan dan Opsyen

Kontrak hadapan, niaga hadapan dan opsyen adalah instrumen asas terbitan derivatif yang juga
aset kewangan yang nilainya bergantung kepada nilai aset pendasar seperti saham biasa, bon,
mata wang atau komoditi (contohnya minyak kelapa sawit mentah, getah, koko dan tin). Kontrak
hadapan, niaga hadapan dan opsyen digunakan untuk mengurus risiko atau perlindungan nilai
pelaburan parapelabur berdasarkan kepada jangkaan arah pasaran pada masa hadapan.
Terdapat juga spekulator yang mementingkan keuntungan dan sanggup membeli kontrak niaga
hadapan pada harga yang rendah dan kemudian menjualnya pada harga yang tinggi. Spekulator
merupakan peserta pasaran yang penting kerana ia dapat memberikan kecairan kepada pasaran
dan peluang untuk dagangan yang berterusan.

Tahap risiko dan liabiliti kewangan yang terlibat dalam opsyen dagangan dan kontrak niaga
hadapan harus difahami dengan jelas dan sepenuhnya sebelum melibatkan diri dalam pelaburanpelaburan
ini. Agak rumit untuk memberi penjelasan terperinci mengenai instrumen-instrumen
tersebut dalam buku kecil ini. Hanya penjelasan ringkas sahaja dapat diberikan di sini.
Apabila persetujuan telah dibuat antara dua pihak untuk membeli atau menjual sesuatu aset
pada harga yang telah dipersetujui dan pada satu tarikh yang ditetapkan, keadaan ini diistilahkan
sebagai kontrak hadapan. Contohnya, pengusaha sebuah kilang penapis minyak kelapa sawit
mentah memerlukan 1,000 tan minyak kelapa sawit mentah dalam masa enam bulan. Dia akan
mendapatkan seorang pengeluar minyak kelapa sawit yang bersetuju menjual 1,000 tan minyak
kelapa sawit pada harga dan tarikh tertentu yang telah ditetapkan, dalam masa enam bulan akan
datang. Perjanjian seperti itu yang dimeterai oleh dua buah pihak merupakan satu bentuk
kontrak hadapan.

Oleh yang demikian, kontrak hadapan adalah kontrak yang tidak diseragamkan, iaitu selagi harga
dan tarikh tertentu dipersetujui kedua-dua pihak, mereka boleh mewujudkan kontrak hadapan
sendiri untuk apa sahaja jenis komoditi. Urus niaga persendirian yang diatur seumpama itu
dilakukan atas kaunter (over the counter atau OTC) berbanding dengan pembelian dan penjualan
kontrak niaga hadapan di bursa.

Kontrak niaga hadapan sama seperti kontrak hadapan kerana kedua-duanya merupakan
persetujuan antara pembeli dan penjual untuk menukar sejumlah wang tunai yang ditetapkan
untuk sesuatu aset pada tarikh akan datang. Bagaimanapun, berbeza dengan kontrak hadapan,
kontrak niaga hadapan didagangkan di bursa dan perjanjian ini diseragamkan dengan spesifikasi
kontrak yang mencatatkan dengan jelas jumlah dan kualiti barangan yang akan dibeli atau dijual,
pada harga yang telah ditetapkan, pada tarikh akan datang yang juga telah ditetapkan. Kontrak
seperti ini tidak diatur secara persendirian sebaliknya diumumkan kepada awam bagi
membolehkan sesiapa sahaja turut serta dalam urus niaga.

Setiap kontrak niaga hadapan mempunyai tarikh tamat tempoh iaitu pada hari terakhir urus
niaga dalam bulan kontrak tertentu. Pada hari tersebut, sebarang kedudukan niaga hadapan
yang terbuka (yakni belum lagi ditutup paksa oleh urus niaga bertentangan) akan dipaksa
membuat penghantaran fizikal atau penyelesaian tunai. Selepas tarikh tamat tempoh, kontrak
niaga hadapan tidak wujud lagi.

Tujuan utama dagangan niaga hadapan biasanya bukanlah untuk membeli atau menjual
barangan fizikal atau instrumen kewangan tetapi adalah untuk menguruskan risiko harga.
Kebanyakan pedagang, tidak kira sama ada spekulator atau pelindung nilai akan menutup paksa
kontrak mereka dengan mengambil tindakan bertentangan apabila mereka berpendapat masanya
sesuai. Jika seseorang pedagang telah membeli kontrak niaga hadapan, dia akan menjualnya
untuk penutupan paksa. Sebaliknya, jika seseorang pedagang telah menjual kontrak niaga
hadapannya, dia akan membelinya semula untuk penutupan paksa. Oleh itu, pasaran niaga
hadapan bertindak sebagai mekanisme pemindahan risiko yang membolehkan pedagang yang
terdedah kepada risiko ini memindahkan risiko tersebut kepada orang lain.

Opsyen adalah kontrak antara dua pihak di mana satu pihak (pembeli) mempunyai hak tetapi
tidak berkewajipan untuk membeli atau menjual aset tertentu pada harga tertentu, pada atau
sebelum waktu tertentu daripada pihak satu lagi (penjual). Oleh yang demikian, penjual opsyen
mempunyai liabiliti kontingen atau satu kewajipan yang akan diaktifkan jika pembeli
melaksanakan haknya. Waran merupakan satu bentuk opsyen panggilan.

Terdapat dua jenis opsyen iaitu opsyen gaya Amerika atau opsyen gaya Eropah:

Opsyen gaya Amerika boleh dikuatkuasakan oleh pembeli pada bila-bila masa
daripada tarikh pemblian sehingga (dan termasuk) tarikh tamat tempoh.

Opsyen gaya Eropah boleh dikuatkuasakan oleh pembeli hanya pada tarikh
tamat tempoh yang telah ditetapkan.

Di Malaysia, Bursa Opsyen dan Kewangan Hadapan Kuala Lumpur (KLOFFE) sedang merancang
untuk melancarkan opsyen Indeks Komposit Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) sebelum akhir
tahun 2000. Opsyen indeks saham akan diniagakan mengikut opsyen gaya Eropah.

Ciri penting ialah pembeli opsyen tidak diwajibkan untuk menyempurnakan urus niaga dan akan
hanya berbuat demikian jika perubahan yang berlaku pada harga instrumen pendasar
menguntungkan. Pembeli opsyen dilindungi daripada pergerakan pasaran yang tidak menentu
namun masih berupaya meraih keuntungan daripada pergerakan yang memihak kepada pembeli.

Amanah Saham

Sejak beberapa tahun lalu, unit amanah semakin diterima dan semakin dikenali. Oleh itu,
beberapa muka surat dalam buku kecil ini memberi tumpuan kepada pelaburan unit amanah.
Tabung Amanah Saham adalah satu skim pelaburan yang mengumpul wang daripada sejumlah
besar pelabur yang berkongsi objektif kewangan yang sama. Dana ini kemudian diuruskan oleh
sekumpulan pengurus profesional yang melaburkan wang yang terkumpul ke dalam portfolio
sekuriti seperti saham, bon dan instrumen pasaran wang atau lain-lain sekuriti dibenarkan untuk
mencapai objektif dana.

Jumlah aset dana akan menentukan nilai dana atau harga yang perlu dijelaskan oleh pemegang
unit atau jumlah yang bakal diterima apabila amanah saham itu dijual. Dana tersebut
memperoleh pendapatan daripada pelaburan dalam bentuk dividen, pendapatan faedah dan
perolehan modal. Pendapatan ini kemudian diagihkan kepada semua pemegang unit mengikut
unit yang mereka miliki, dalam bentuk dividen atau unit bonus.

Ada tiga sumber maklumat yang harus anda teliti ketika mahu memilih dana. Dokumen-dokumen
ini termasuk Prospektus dana, Surat Ikatan Amanah dan penyata kewangan yang mengandungi
laporan tahunan dan interim yang boleh didapati secara percuma untuk semakan di premis
pengurus dana.

Sebagai pelabur, anda harus mempertimbangkan faktor-faktor berikut ketika memilih dana :

1. Objektif pelaburan
2. Polisi pelaburan seperti jenis-jenis pelaburan dibenarkan dan strategi
3. Saiz dana dan aliran pertumbuhan
4. Sebarang sekatan pelaburan
5. Potensi risiko
6. Jenis-jenis dan jumlah yuran
7. Prestasi lepas, terutama sekali pengagihan pendapatan kepada pelabur- pelabur
dan pertumbuhan aset
8. Portfolio pelaburan yang terkini
9. Maklumat berkenaan lembaga pengarah, pasukan pengurusan utama, juruaudit
dan pemegang amanah.

Kelebihan melabur dalam amanah saham

Kepelbagaian

Pelabur-pelabur dalam amanah saham berpeluang menyertai lebih banyak sekuriti berbanding
dengan pelaburan yang dibuat secara persendirian. Dengan wang yang terhad, pelabur
persendirian hanya mampu membeli unit saham yang kecil dan saham beberapa buah syarikat
sahaja. Tetapi sekiranya wang tersebut dikumpulkan dengan wang pelabur lain, ia boleh
digunakan untuk membeli saham lebih banyak syarikat. Kerugian yang ditanggung oleh beberapa
kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan yang diperolehi daripada kaunter lain. Oleh yang
demikian, risiko dapat dikurangkan, malahan risiko yang ditanggung oleh pelabur juga akan terus
berkurangan jika pelabur itu membuat pelaburan dalam beberapa dana dan tidak terhad kepada
satu dana sahaja.

Mudah tunai

Pembelian dan penjualan amanah saham lebih mudah berbanding melabur terus dalam saham
sesebuah syarikat di mana harga dan peluang untuk membuat urus niaga bergantung kepada
penawaran dan permintaan pada masa itu.

Pengurusan profesional yang berterusan

Amanah saham diuruskan oleh kumpulan profesional berpengalaman yang menguruskan dana
mengikut cara yang tersusun dan teratur berbanding dengan pelabur individu yang mungkin
membuat pelaburan secara rambang. Keputusan pelaburan yang diambil oleh pengurus dana
dibuat berdasarkan penyelidikan meluas dan mereka akan terus mengawasi portfolio berdasarkan
maklumat yang telah diselidiki.

Peluang memiliki aset kewangan lebih luas

Pengurus dana amanah saham boleh menukar beli produk pelaburan yang biasanya tidak
berpeluang didekati oleh pelabur individu, seperti bon kerajaan dan korporat yang mungkin
dihadkan kepada pelabur institusi sahaja. Sesetengah daripada produk ini diniagakan dalam
jumlah besar, dan ini membataskan kemampuan pelabur individu walaupun pelabur individu
diberikan peluang tersebut.

Memahami risiko dan kos yang dikaitkan dengan amanah saham

Memandangkan amanah saham dilaburkan dalam sekuriti boleh pasar, sudah tentu ia terdedah
kepada pergerakan pasaran. Kepelbagaian dapat mengurangkan risiko, namun tidak dapat
menghapuskannya sama sekali. Harga amanah saham akan naik dan turun, dividen mungkin
akan dibayar atau mungkin juga tidak, dan anda mungkin akan menanggung kerugian atau
mendapat keuntungan ketika menjual amanah saham anda.

Anda perlu ingat bahawa rekod prestasi dana boleh dijadikan panduan kepada prestasi akan
datang tetapi ia bukanlah satu jaminan. Dana yang telah mempamerkan kecemerlangan pada
masa lalu mungkin tidak akan berbuat demikian pada masa akan datang. Melabur dalam amanah
saham boleh memberi pulangan yang lebih tinggi berbanding dengan simpanan bank tetapi
risikonya juga lebih tinggi.

Pelabur juga akan dikenakan beberapa bayaran. Oleh itu adalah penting anda mengkaji pelbagai
yuran yang akan dikenakan kepada anda oleh pengurus dana. Syarikat-syarikat pengurusan
dibenarkan mengenakan tiga jenis yuran :

Bayaran perkhidmatan awal - biasanya bayaran ini akan dimasukkan dalam
harga jualan dana

Yuran pembelian semula - bayaran ini boleh dimasukkan dalam harga
pembelian dana

Yuran pengurusan - mewakili yuran syarikat pengurusan kerana mentadbir dana
dan dituntut terus daripada dana.

Selain daripada yuran-yuran yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa perbelanjaan lain seperti
yuran pemegang amanah dan perbelanjaan brokeraj yang akan ditanggung oleh dana.

Pengurusan yang tidak cekap boleh membawa kepada kos pentadbiran yang tinggi, jadi adalah
penting anda meneliti pelbagai yuran yang dikenakan ketika memilih dana.

Jenis-jenis amanah saham

Amanah saham dianggap sebagai instrumen yang baik untuk perancangan kewangan sederhana
hingga jangka panjang. Bagaimanapun, amat penting memilih dana bersesuaian bergantung
kepada profil risiko dan objektif pelaburan anda. Di sini disenaraikan kebanyakan jenis amanah
saham berbeza yang ada di pasaran pada masa ini :

Dana pendapatan: Melabur dalam sekuriti pendapatan tetap dan saham yang menghasilkan
dividen besar dengan tujuan akan mendapat kebanyakan daripada pulangan. Sesuai untuk
pelabur yang mencari pendapatan dan sedikit pertumbuhan dengan risiko yang rendah.

Dana pertumbuhan modal: Pelaburan utama dalam saham dengan harapan akan
memaksimumkan pertumbuhan modal dalam jangka masa panjang (yakni melalui harga unit
yang lebih tinggi). Paling diminati oleh pelabur yang suka risiko tinggi dan berminat terhadap
pengumpulan modal.

Dana pertumbuhan agresif : Sama dengan dana pertumbuhan modal tetapi pelaburan dibuat
dalam saham agresif yang menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko yang lebih tinggi. Sesuai
untuk pelabur berisiko tinggi.

Dana terimbang : Cuba mencapai tiga objektif : pendapatan, naik nilai sederhana dan
pemeliharaan modal. Pelaburan dibuat dalam pelbagai kategori aset yang merangkumi saham,
sekuriti pendapatan tetap dan wang tunai. Kepelbagaian yang baik dan sesuai untuk pelabur
yang mencari pelaburan selamat di mana risikonya lebih rendah dan menghasilkan pulangan
yang sederhana.

Dana indeks : Melabur dalam sejumlah besar saham yang menjejaki indeks pasaran saham
terpilih.

Dana bon : Melabur hanya dalam sekuriti pendapatan tetap seperti bon dan instrumen pasaran
wang jangka pendek. Semua dana bon tertakluk kepada risiko kadar faedah dan kebanyakannya
pula tertakluk kepada risiko kredit atau risiko mungkir penerbit sekuriti.

Dana pasaran wang : Melabur hanya dalam instrumen pasaran wang jangka pendek seperti bil
perbendaharaan, sijil deposit boleh niaga dan penerimaan jurubank, dengan tempoh kematangan
kurang daripada 90 hari. Memandangkan dana dilaburkan dalam instrumen pasaran wang,
pulangan yang diterima pada amnya lebih menarik jika dibandingkan dengan deposit simpanan.

Dana Islam : Diuruskan berlandaskan prinsip-prinsip syariah; pelaburan dibuat dalam saham dan
sekuriti pendapatan tetap dan tidak merangkumi saham yang tidak `halal' dan instrumen pasaran
wang yang berfaedah.

Dana negeri : Diuruskan oleh perbadanan pembangunan negeri untuk pelabur dari negeri
masing-masing

BAHAGIAN II –PERANCANGAN KEWANGAN ANDA

NILAI KEDUDUKAN KEWANGAN ANDA

Sebelum memulakan sebarang rancangan untuk membuat pelaburan, anda perlu terlebih dahulu
menilai kedudukan kewangan anda, dan menentukan berapa banyak yang anda boleh ketepikan
untuk membuat pelaburan iaitu sebagai satu cara menambah simpanan tunai anda. Oleh itu,
anda harus mempertimbangkan soalan-soalan berikut:

1. Berapakah pendapatan semasa anda?
2. Berapa banyak wang simpanan anda?
3. Berapa banyak boleh anda simpan pada setiap bulan?
4. Apa tujuan anda menyimpan wang?
5. Apakah aset cair yang anda miliki umpamanya simpanan atau saham?
6. Apakah aset tetap yang anda miliki umpamanya rumah atau rumah kedai?
7. Apakah pinjaman yang telah anda ambil dan berapa banyak faedah atau
bayaran pokok yang anda kena bayar balik?

Amat penting menilai kedudukan kewangan semasa anda dengan jujur, tahu di mana kedudukan
anda sebelum membuat keputusan arah tuju masa depan. Senaraikan data kuantitatif anda,
umpamanya pendapatan dan nilai pelaburan semasa serta data kualitatif seperti keutamaan dan
matlamat gaya hidup.

Selepas menilai kedudukan kewangan semasa, anda bolehlah menetapkan matlamat dan
menentukan sama ada anda mahu menyimpan wang untuk membeli sebuah rumah dalam masa
tiga hingga lima tahun akan datang atau mengumpul kekayaan untuk persediaan ketika bersara.
Atau mungkin untuk menunaikan fardu haji ataupun pendidikan tinggi anak-anak dalam masa
lima hingga 10 tahun lagi.

SEDIAKAN PELAN KEWANGAN SENDIRI

Perancangan kewangan adalah satu proses di mana pelabur individu menilai matlamat dan
kedudukan kewangan sendiri untuk menyediakan dan melaksanakan sesuatu pelan kewangan.
Pelan kewangan membabitkan keputusan sama ada "hendak melabur atau tidak melabur" atau
"hendak membuat pelaburan dalam apa atau tidak membuat pelaburan dalam apa". Ini pula
bukanlah sesuatu yang statik tetapi proses berterusan. Setelah membuat penetapan, anda perlu
mengawasi pelan kewangan supaya ia boleh menyerap perubahan dalam matlamat peribadi
anda, persekitaran ekonomi dan maklumat baru yang diterima. Ia adalah satu proses berterusan
yang mengaitkan kedudukan kewangan peribadi dengan objektif kewangan anda sambil
mengambil kira persekitaran kewangan yang sentiasa berubah-ubah.

Objektif kewangan anda mungkin merangkumi, antara lain :

1. menghasilkan tahap pendapatan yang dikehendaki
2. mengekalkan atau meningkatkan kuasa pembelian aset.
3. mewujudkan tahap risiko yang boleh diterima
4. mencapai tahap kecairan dan kelenturan yang sesuai.
5. mencapai tahap terjamin dan berdikari yang memadai untuk masa kini dan akan
datang
6. memaksimumkan pulangan dalam tempoh tertentu
7. mewujudkan jadual waktu yang sesuai untuk melabur, tempoh memegang
sesuatu pelaburan itu dan melepaskan pelaburan.

MEMAHAMI RISIKO PELABURAN

Sebelum berasa puas hati dan melaksanakan pelan kewangan anda, ada satu lagi prinsip asas
yang perlu sentiasa diingat iaitu lebih tinggi pulangan yang diperoleh daripada pelaburan, lebih
tinggi risiko yang ada.

Ini adalah prinsip asas pelaburan; balasan risiko seimbang yang dikaitkan secara langsung
dengan setiap keputusan pelaburan yang anda buat. Lebih tinggi risiko yang ditanggung, lebih
banyak ganjaran yang diperoleh. Sebaliknya pula juga benar!

Amnya, ada tiga jenis risiko pelaburan :

Risiko pasaran am - risiko kepada pelaburan yang bergantung kepada keadaan
ekonomi dan pasaran antarabangsa. Risiko seperti ini sukar dikawal.

Risiko sektor pasaran - berkaitan dengan sektor pasaran tertentu, misalnya,
prestasi saham kewangan lebih baik berbanding saham perladangan. Atau
saham hartanah memberi pulangan yang lebih baik berbanding saham tenaga.

Risiko khusus - berkaitan prestasi sekuriti atau harta benda tertentu dalam
portfolio pelaburan, misalnya, prestasi saham syarikat tertentu dipengaruhi oleh
keadaan dalam syarikat berkenaan. Risiko satu pelaburan tidak berjaya
berbanding yang lain boleh dikurangkan dengan membuat penyiasatan dan
penyelidikan rapi sebelum anda membuat pelaburan, dan ia perlu sentiasa
diawasi.

Untuk menangani ketiga-tiga risiko pelaburan tersebut adalah wajar jika anda memastikan aset
anda dipelbagaikan.

PELBAGAIKAN PELABURAN ANDA

Elak melaburkan semua wang anda dalam satu jenis pelaburan kerana bukan mudah
meramalkan arah pasaran. Misalnya, jika semua simpanan anda terikat dalam pasaran saham,
alangkah malang sekali jika anda memerlukan wang tunai dengan segera ketika kegawatan
ekonomi berlaku sedangkan pasaran saham mengalami kejatuhan.

Atau anda meletakkan semua wang anda dalam satu sektor pasaran saham, misalnya dalam
sektor hartanah atau kewangan, dan kemudian terpaksa menanggung kemerosotan sektor-sektor
tersebut sementara sektor yang lain berkembang pesat.

Oleh itu, amat penting anda mempelbagaikan pelaburan dengan memiliki pelbagai jenis aset
dalam pelbagai produk pelaburan yang terdiri daripada pelbagai sektor. Melalui pempelbagaian,
anda mengurangkan risiko kerugian modal dan memungkinkan pulangan yang lebih baik, lebih
konsisten, dalam jangka masa yang lebih lama.

Pelbagaikan pelaburan anda untuk mengurangkan risiko. Mana-mana pelaburan yang tidak
menunjukkan prestasi baik boleh diimbangi oleh pelaburan yang berprestasi lebih baik. Elakkan
kepelbagaian yang berlebihan kerana pendekatan ini boleh menyebabkan pulangan berkurangan.
Lagi pun, sukar mengawasi pelaburan jika portfolio anda terlalu meluas.

PROFIL RISIKO ANDA

Jenis pelaburan yang dipilih, dan setinggi mana risiko yang sanggup diterima bergantung kepada
profil risiko peribadi anda. Sama ada anda mampu mengambil risiko dan sejauh mana
kesanggupan untuk menerima risiko adalah persoalan subjektif. Ia bergantung kepada sama ada
kedudukan kewangan anda benar-benar terjamin untuk mengambil kesempatan dalam dunia
pelaburan, dan sejauh mana anda selesa menerima risiko kewangan.
Pendek kata, jumlah risiko yang harus anda terima bergantung pula kepada taraf kehidupan
anda, nilai bersih harta dan simpanan yang anda miliki, pendapatan semasa, potensi pendapatan
dan tuntutan kewangan yang anda tanggung. Gabungkan kesemua ini dengan segala tuntutan
yang perlu ditanggung dan harapan daripadanya serta matlamat kewangan yang anda harap
untuk dicapai dalam tempoh jangka pendek, sederhana dan panjang.
Disenaraikan di sini beberapa contoh profil risiko dan jenis pelaburan yang telah dipadankan
dengan personaliti dan objektif.
Profil pelabur Jenis Pelaburan

Amat konservatif 

Sekuriti kerajaan, sekuriti yang dijamin oleh bank, sekuriti amanah
Konservatif Semata-mata pelaburan pendapatan, debentur, bon korporat, produk
insurans yang tertentu

Kelompok pertengahan

Harta tanpa hutang, saham, pelaburan yang berkait langsung dengan
amanah (dengan penekanan kepada pertumbuhan), pelaburanpelaburan
antara bangsa

Usahawan

Harta dengan hutang, saham pertumbuhan, pelaburan yang berkait
langsung dengan amanah (dengan penekanan kepada pertumbuhan),
pelaburan antarabangsa

Spekulatif 

Opsyen, niaga hadapan, lukisan atau koleksi berharga

Ciri-ciri yang terdapat dalam jadual di atas hanyalah satu petunjuk. Untuk lebih tepat, lain-lain
ciri dan faktor juga perlu diambil kira. Sesetengah orang mungkin tidak setuju langsung dengan
kategori pelaburan yang telah dipadankan dengan profil risiko. Selain itu, mungkin juga berlaku
pertindihan dalam ciri/faktor

PEMIKIRAN YANG RASIONAL

Menaiki kereta api yang betul dan pada masa yang tepat amat penting jika mahu sampai ke
destinasi yang hendak dituju dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sesuatu keputusan untuk
membuat pelaburan lebih mudah disebut daripada dilakukan, apalagi sudah menjadi sifat semula
jadi manusia suka mengikut rentak ramai. Kita perlu disiplin untuk mengatasi emosi dan berfikir
secara rasional. Harus juga diingat bahawa dalam apa sahaja pelaburan, terdapat ketika di mana
keadaan tidak menentu akan menyebabkan berlakunya penyimpangan jangka pendek. Oleh itu,
anda perlu tabah dan pegang pelaburan anda untuk tempoh yang lebih lama supaya dapat
mengimbangi turun naik harga dalam tempoh jangka pendek.

Elak bertindak kerana khabar angin. Kerap kali terdengar desas-desus mengenai harga sahamsaham
tertentu akan naik dan ramailah berebut-rebut membeli saham tersebut sehingga
mendorong harganya melonjak naik. Langkah pembelian tinggi menyebabkan harga saham naik
dan membolehkan pihak yang memulakan khabar angin itu mengambil kesempatan untuk
menjual saham-saham mereka pada harga yang lebih tinggi. Anda mungkin terperangkap dan
akhirnya terpaksa memegang saham itu pada harga yang tinggi apabila nilainya jatuh kerana
penjualan mendadak/berterusan.

Oleh itu, periksa dengan teliti semua maklumat dan bertindak hanya setelah berfikir dengan
rasional.

AWASI PELABURAN ANDA

Tidak kira betapa bagus pelan kewangan yang disediakan dan berjaya pula dilaksanakan pada
masa lalu, ia tidak kekal dan statik. Undang-undang dan peraturan sentiasa berubah,
persekitaran ekonomi sentiasa bergerak, kesan pasaran domestik dan antarabangsa memerlukan
anda sentiasa mengkaji semula pelaburan anda untuk memastikan strategi pelaburan yang sedia
ada masih relevan dengan objektif dan matlamat kewangan anda.

Berapa kerap anda harus menyemak dan menilai prestasi pelaburan bergantung kepada saiz dan
jangka masa pelaburan. Ia bergantung juga kepada strategi pelaburan anda dan juga sama ada
anda telah memilih pelaburan berisiko rendah atau berisiko tinggi.

Menilai Prestasi

Mengawasi pelaburan anda hendaklah menjadi satu proses yang berterusan dan dinamik. Anda
harus sentiasa waspada tentang perubahan keadaan dan sekatan-sekatan yang dihadapi,
memahami perubahan-perubahan yang berlaku dalam pasaran modal dan bagaimana ia berkait
rapat dengan anda. Selain itu, anda harus sentiasa sedar kedudukan ekonomi negara dan
prestasi syarikat yang sahamnya anda miliki, untuk memastikan sama ada anda perlu menyusun
semula strategi pelaburan.

Sekiranya anda mempunyai saham, awasi prestasi syarikat dengan memantau:

1. Keuntungan
2. Pertumbuhan pendapatan
3. Sumbangan keuntungan mengikut segmen
4. Dividen
5. Hutang.

Sentiasa baca pengumuman syarikat, surat pekeliling pemegang saham, laporan tahunan dan
interim dan tumpukan perhatian kepada tarikh tutup hak, waran, pengambilalihan, perolehan,
laporan juruaudit dan kepentingan pengarah.

Anda juga harus menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan untuk mengetahui bagaimana syarikat
ditadbirkan dan untuk mengukur prospek perniagaannya.

Jumlah Pendapatan, Pulangan Pendapatan dan Pertumbuhan Modal

Prestasi pelaburan anda harus diukur melalui jumlah pendapatan yang diperoleh. Jumlah
pendapatan merangkumi pendapatan dividen dicampur untung modal setelah menjual pelaburan
anda. Untuk mendapatkan peratus pulangan, bahagi jumlah pulangan dengan kos pelaburan dan
darab dengan 100. Konsep ini amat penting apabila mahu membuat penilaian untuk melihat
prestasi pelaburan anda. Jangan melihat pendapatan daripada dividen sahaja sebagai pengukur
prestasi.

Pulangan pendapatan daripada pelaburan adalah pendapatan yang dihasilkan bersamaan dengan
peratus nilai pasaran pelaburan.

Apabila memperkatakan tentang saham, pendapatan adalah melalui pembayaran dividen; di
mana pendapatan pelaburan hutang seperti bon merupakan pembayaran faedah. Biasanya kadar
hasil diukur berdasarkan tempoh 12 bulan tetapi boleh juga diukur tanpa mengambil kira jangka
masa.

Cara paling lazim untuk mengira kadar hasil pelaburan adalah dengan membahagi pendapatan
yang diterima dalam tempoh 12 bulan berbanding nilai pasaran semasa. Bagaimanapun, ingat
bahawa terdapat cara lain untuk mengira kadar hasil, semuanya sah dan semuanya berguna.
Pertumbuhan modal daripada pelaburan adalah kenaikan nilai sesuatu pelaburan dalam satu
jangka masa. Ia tidak mengambil kira pendapatan yang diterima oleh pelabur daripada pelaburan
tersebut.

Mengawasi Amanah Saham

Untuk skim pelaburan berkelompok seperti amanah saham, anda juga patut mengawasi
pengurus dana anda di segi:

1. Prestasi
2. Strategi
3. Portfolio.

Anda boleh mendapatkan maklumat berikut daripada pengurus dana:

1. Prestasi pasaran pelaburan yang relevan
2. Tahap turun naik berkaitan dengan pulangan
3. Kadar inflasi
4. Prestasi pengurus dana lain yang serupa
5. Strategi yang digunakan.

Anda harus ingat bahawa hasil yang diterima daripada pelaburan tertakluk kepada banyak faktor
rambang dan maklumat prestasi jangka pendek tidak semestinya ukuran tepat tentang
kemahiran pengurus dana anda. Pengurus dana diukur berdasarkan perkhidmatan yang mereka
sediakan, yakni prestasi dan laporan. Anda perlu tanya sama ada apa yang diharapkan daripada
pulangan telah dipenuhi. Adakah pengurus dana telah melakukan apa yang anda harapkan,
misalnya membeli saham selaras dengan strategi dan mandat yang telah dibincangkan? Sebagai
langkah permulaan, pastikan yang anda berurusan dengan wakil dan ejen yang bertauliah.

MELABUR DENGAN BIJAK: YANG JANGAN DAN YANG MESTI DILAKUKAN

Jangan membeli pelaburan yang ditawarkan melalui panggilan telefon daripada orang yang tidak
dikenali atau membenarkan jurujual mendesak anda membeli pelaburan. Minta maklumat secara
bertulis sebelum membuat keputusan.

Jangan membuat pelaburan dalam sesuatu yang anda tidak fahami. Dapatkan nasihat pakar.
Jangan andaikan bahawa pihak yang memberi anda nasihat itu adil

Jangan tulis cek atas nama penasihat

Jangan buat pelaburan sehingga anda telah membaca prospektus dan semua maklumat
mengenai pelaburan tersebut.

Mesti berwaspada apabila dijanjikan keuntungan dalam masa singkat atau pulangan yang agak
tinggi. Pulangan tinggi biasanya bermakna risiko tinggi.

Mesti pertimbangkan sikap anda terhadap risiko. Pelaburan yang berlainan mempunyai tahap
risiko yang berbeza. Bolehkah anda bertahan sekiranya pelaburan anda jatuh dalam jangka masa
pendek?

Mesti membuat pertimbangan apa yang mahu dicapai. Adakah anda sedang berusaha untuk
bergerak serentak dengan inflasi atau mencari pertumbuhan segera? Berapa lama anda sanggup
membiarkan wang anda terikat dalam pelaburan?

Mesti teliti bayaran yang dikenakan. Adakah ia berpatutan? Adakah bayaran itu sama dengan
bayaran yang dikenakan oleh pihak lain?

Mesti ingat bahawa prestasi pelaburan lalu bukan jaminan pulangan akan datang.

Mesti ingat bahawa melabur dengan wang pinjaman boleh menimbulkan risiko yang lebih tinggi.

Mesti minta resit dan simpan semua kertas kerja dan surat- menyurat mengenai pelaburan anda
di tempat yang selamat.

Mesti sentiasa mengawasi pelaburan anda.

BERWASPADA DENGAN BEBERAPA PERATURAN DAGANGAN

Membeli dan Menjual Saham

Aduan yang diterima oleh SC menunjukkan bahawa ramai pelabur tidak sedar mengenai
Peraturan Sistem Penghantaran dan Penyelesaian Tetap (Fixed Delivery and Settlement System
atau FDSS). Ketika diwujudkan, peraturan ini bertujuan untuk menyeragamkan tempoh
penghantaran skrip dan penyelesaian harga.

Secara tradisi, saham-saham dipegang dalam bentuk kertas yang dikenali sebagai "sijil" atau
"skrip". Kertas ini menjadi bukti bahawa anda pemilik saham. Dengan adanya nama anda
tercatat pada sijil atau skrip saham, anda diiktiraf sebagai pemegang saham dan berhak
mengundi pada mesyuarat agung tahunan syarikat dan juga menerima laporan syarikat.

Bagaimanapun, melalui Sistem Depositori Pusat (Central Depository Syetem atau CDS),
penghantaran saham kini dikendalikan melalui catatan buku berkomputer, dan tiada lagi urus
niaga menggunakan skrip. Sebaliknya, daripada masa ke semasa, anda akan menerima penyata
yang hampir sama dengan penyata bank, yang akan memberitahu anda jumlah dan jenis saham
yang anda miliki. Sistem berkomputer membuat penghantaran dan penjelasan saham lebih cekap
dan mudah.

Membuka akaun CDS

Sebelum boleh berurus niaga dalam saham, anda terlebih dahulu harus membuka akaun CDS
dengan syarikat broker berlesen, yang menjadi ejen depositori bertauliah yang dilantik oleh CDS.
Anda juga perlu membuka akaun dagangan dengan syarikat broker. Selepas itu, barulah anda
boleh membeli atau menjual saham melalui wakil peniaga atau remisier.

Membeli Saham

Pembelian saham bermula apabila arahan membeli dipadankan di pasaran. Arahan ini diberikan
oleh pelanggan kepada remisier untuk membeli saham pada harga yang tertentu. Tarikh arahan
membeli dikenali sebagai T. Dalam tempoh lima hari daripada T, atau daripada T hingga T+5,
anda mesti menjelaskan harga pembelian saham kepada syarikat broker saham (sila ambil
perhatian bahawa T+5 akan dikurangkan kepada T+3 menjelang akhir tahun 2000). Penjelasan
atau penyelesaian urus niaga dianggap sudah selesai setelah sekuriti dan dana sepadan
dikreditkan dalam akaun yang sepatutnya.

Jika anda gagal menjelaskan pembayaran saham sehingga sampai tempoh T+5, syarikat broker
saham akan memulakan proses penjualan atas T+6. Ini bermakna syarikat broker saham akan
menjual saham yang anda telah beli tetapi gagal menjelaskan pembayarannya dan anda
dikehendaki menanggung semua kerugian yang timbul ketika urus niaga. Sebaliknya, jika ada
keuntungan daripada penjualan itu, ia akan diserahkan kepada anda. Tetapi pada dasarnya, anda
tidak mempunyai kawalan atas penjualan saham.

Menjual saham

Sama juga, apabila anda mengarahkan remisier menjual saham anda pada harga tertentu, tarikh
kontrak iaitu T bermula apabila urus niaga dipadankan. Apabila sampai pada tempoh T+5, anda
sepatutnya sudah menerima pembayaran daripada syarikat broker saham, hasil daripada
penjualan saham.

Jika jumlah saham yang anda jual tidak mencukupi, BSKL akan melaksanakan "belian semula
automatik" ke atas T+5. Ini bermakna BSKL akan membeli saham itu di pasaran pada harga
yang lebih tinggi, dan anda dikehendaki menjelaskan perbezaan harga jualan dan pembelian di
pasaran.

Pembelian pada margin

Urus niaga margin bermakna meminjam modal daripada broker untuk membolehkan pelabur
membeli lebih banyak sekuriti. Tidak dinafikan, kredit memberi pengaruh untuk mempertingkatkan potensi memperoleh keuntungan tetapi ia mesti dikawal dengan sewajarnya
dan sentiasa diawasi.

Jika ekuiti dalam akaun margin jatuh bawah paras penyelenggaraan yang dikehendaki, pelabur
akan menerima panggilan daripada broker. Jika pelabur gagal memberi sebarang tindak balas,
broker boleh menjual sekuriti daripada akaun untuk menjelaskan pinjaman bagi mengekalkan
peratusan margin.

Berhati-hati dengan `perangkap' sampingan pada dagangan margin seperti pembayaran faedah
dan sifat bercagar urus niaga tersebut.

satu perkongsian dari : Suruhanjaya Sekuriti
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...