Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia
bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung kampung.
Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. maka terpaksalah
mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam
menunjukkan pukul 1.00 tghhari. tiba di suatu simpang jalan, mereka
terdengar suara tangisan kanak-kanak.
Setelah dilihat sekeliling,
didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang
pokok besar yang telah tumbang. Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan,
siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan begitu? Tetapi, dia mula
syak bahawa budak-budak tiu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya
mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula
capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat panjang begitu juga
jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab
mereka menangis di tepi jalan.
Menurut salah satu drpd budak2
itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yg amat lebat
sebentar tadi. Tok Dahaman bertanya di mana rumah...? Mereka pun
menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sah lah yg
budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.
Menurut
Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu
kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang perihal
rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan
kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa
mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan
mata kasar.
Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk
disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan
pandangan terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut
dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher
manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya.
Anak
syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera
kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.
Cerita
Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun
memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari
syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan
di tempat org lelaki.
Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di
kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai.
Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn
memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org yg
memasak tidak membaca Bismillah...), syaitan-syaitan tersebut ada yg
meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk...Ada
juga yg muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di
kepala dan riba manusia.
Tok Dahaman dan isterinya yang memandang
suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan org ramai pada hari itu
menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu. Menurut Tok
Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada
berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia
di rumah kenduri.
Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpa lah dia
dgn bapa syaitan tersebut. Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn
gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta
memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh.
Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman
boeh melihat syaitan.
Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman,
syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai.
Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok
Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri
dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan lebih teruk
lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka. Kerenah anak-anak
syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka. mereka
melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari
pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil bergayut di
jendela rumah.
Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri
Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin
perempuan Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang
bersilang dirambut yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina
tersebut sgt menggerunkan. Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai
melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek.
Untuk
sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai
tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang
mahu percaya atau tidak. Begitulah hal nya, keadaan syaitan yang sungguh
menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan.
Sebelum makan, sebut lah nama Allah...atau sekurang-kurangnya bacalah
BISMILLAH.....
DIPETIK DRP MAJALAH IKTIBAR, EDISI PENGENALAN, CETAKAN PERTAMA 1999.
No comments:
Post a Comment