*Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu*:
1. Apabila meninggal dunia ayah kamu, *maka matilah pimpinan dan nasihatnya*...
2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, *maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajarnya*...
3. Apabila meninggal dunia abang kamu, *maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama*...
4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, *maka hilanglah senyuman kasihnya*...
5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, *maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya*...
6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka *pudarlah perkongsian harapan*, perasaan dan keceriaannya...
7. Apabila meninggal dunia *sahabat* kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...
Ketahuilah.... hidup ini *sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan* kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.
Maka..
senyumlah, berlapang dadalah, *maafkanlah sesiapa yg menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu, bila kita akan berangkat meninggalkan' dunia yg fana ini*.
Andai kamu melihat kanak-kanak yg sedang bermain, itulah *masa silam kita*.
Andai kamu melihat orang tua yg berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, *itulah masa depan kita*.
Andai kamu melihat pula jenazah yg sedang diusung ketanah perkuburan. *Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini*.
*(Manfaatkanlah masa yg mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi)*
Muhasabah seorg insan daif.🌹
No comments:
Post a Comment