Sunday 23 June 2019

Kenapa Portugis Inginkan Melaka - Ustaz Zul Pandan

KENAPA PORTUGIS INGINKAN MELAKA..???  – USTAZ ZUL PANDAN

Must Watch / Listen and Share….πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

No time to watch / listen?

No problem..!!! Watch / listen to it while you are stuck in a traffic jam… I managed to watch / listen to 3 videos while travelling from Shah Alam to Kedah on Hari Raya day....πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Kalau hendak membunuh pokok, racunlah akarnya.
Kalau hendak membunuh Islam, racunlah akidahnya.
Kalau hendak hapuskan sesuatu bangsa, racunlah sejarahnya.
Kalau hendak membunuh satu-satu negara, racunlah pemuda-pemudinya…!!!

Catatan Sejarah Portugis oleh Paderi MJ Pintado i.e. Catatan Ucapan Afonso de Albuquerque kepada tentera Portugis untuk membangkitkan semangat, pada hari ke-16 serangan Portugis ke atas Melaka. Pada ketika itu Portugis sudah hampir kalah.:-

• Kota ini (Melaka) adalah sumber yang paling besar bagi rempah-rempah, ubat-ubatan dan kekayaan di seluruh dunia.
• Ini tempat yang menjadi tumpuan kekayaan seluruh dunia. Kota ini dihuni oleh peniaga-peniaga yang paling kaya. Ia wujud di atas manafaat perdagangan. Kebanyakan pedagang di sini adalah orang-orang Islam.
• Melalui Melaka, mereka mampu untuk berdagang di pelbagai tempat dan tanpa Melaka mereka tidak boleh membekalkan rempah-rempah, ubat-ubatan dan kekayaan dalam kualiti dan kuantiti yang banyak ke bumi Kaherah, Iskandariah dan Venice.
• Hentikan perdagangan di Melaka supaya barang-barang Islam tidak sampai ke Venice melalui (Kerajaan) Othmaniyah.
• Kota ini adalah sumber perdagangan yang mengalir ke Kalikut sebelum kita tawan. Dengan mengusir orang-orang Islam keluar dari Melaka, api umat Islam akan dipadamkan dan kepercayaan mereka tidak akan tersebar lebih jauh lagi dengan sendirinya.
• Di semua tempat yang kita singgah tidak ada petunjuk kota-kota lain yang ada rempah sehebat ini. Ini adalah komoditi utama yang mana dengannya umat Islam menjalankan perniagaan dan jika kita mengambil perdagangan ini daripada mereka, maka tidak perlu lagi menggunakan cara-cara lain untuk menanggung perbelanjaan armada kita.
• Walaubagaimanapun, ianya sangat penting untuk kita memiliki armada laut secara berterusan bagi menghalang orang-orang Islam daripada membawa kekayaan ke Mekah sebagaimana mereka membawa ke Melaka.
• Kamu semua menyedari bahawa 8 buah kapal orang Islam Melaka yang telah kita tawan boleh menampung kargo lebih daripada 25 buah kapal “galleon” yang kita miliki. Berapa banyak lagi yang boleh dibawa ke dalam semua semua kapal-kapal Melaka yang mana setiap hari ini meninggalkan pelabuhan ini di samping kapal-kapal yang dimiliki oleh pedagang-pedagang asing? Dari sini lada-lada lebih banyak diambil ke Timur Tengah berbanding dari Kalikut.
• Dengan hanya setengah pusingan kunci, laluan ini ditutup, maka raja penguasa kita, kita akan menguasai bagi seluruh perdagangan ini. AYUH, LAWAN SAMPAI MENANG DI MELAKA….!!!

Far Eastern Economic Review, Simon Elegant (10 Jun 1999:45) – Port of Malacca.

• 5 kurun dahulu, Melaka dikunjungi 2,000 buah kapal setiap hari dan sesibuk Pelabuhan Singapura moden kini, yang menjadikannya satu (1) daripada tiga (3) pelabuhan yang tersibuk di dunia.
• Di situ terdapat orang-orang Gujarat, Tamil, Benggali daripada India berniaga dengan orang Melayu, Cina dan Arab secara harmonis, Bandaraya dengan jumlah penduduk 100,000 orang dan bertutur dalam 84 bahasa.
• Sultan yang memerintah telah memastikan keselamatan Selat Melaka daripada lanun, dan barangan-barangan dapat disimpan dalam ratusan gudang-gudang dengan selamat.
• Jika ada sebarang pertelingkahan, undang-undang yang berwibawa (Kanun Melaka 44 Fasal yang ditulis dalam tulisan Jawi) dilaksanakan ke atas orang tempatan dan orang asing seadilnya.

Tambahan:-
• Kerajaan Melayu Melaka di zaman kegemilangan Sultan Mansur Shah telah mempunyai hubungan kerjasama yang rapat dengan Kerajaan Turki Othmaniyah di zaman kegemilangan Sultan Muhammad Al-Fateh.
• Kerajaan Melayu Melaka telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Kerajaan Rukyu, Okinawa, Jepun.
• Hang Tuah adalah seorang pahlawan Melayu yang benar-benar wujud. Beliau bukanlah cerita-cerita “mitos”.
• "Classified 50 Years Document" from the British Archive on the "land gifts."

#IslamPergiJauh

https://youtu.be/1GiU2KncLjI

KF
8 Jun 2019

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...