Saturday 22 June 2019

Peristiwa Ngeri

Ada ke sesape yg blum pernah pegi ke Taman Safari Bukit Gambang? Kalau belum la, saya nak nasihatkan la kalau boleh elakkan dari berkunjung atau masuk ke tempat tersebut. Ini pengalaman yg saya lalui sendiri. Semasa masuk ke dlm tmn safari, kita diminta naik trak yg disediakan. Trak tersebut akan melalui pintu² khas. Setiap pintu menempatkan pelbagai jenis haiwan dari haiwan mangsa sampailah ke haiwan pemangsa. Semasa masuk ke dlm tu, apb sampai di pintu haiwan pemangsa kami semua excited sgt utk melihat haiwan² spt dubuk, harimau dan singa. Sedg asyik leka memerhati haiwan² tersebut, tiba² pintu jeriji trak terbuka menyebabkan salah seorg yg berada dlm trak tu terjatuh. Budak pompuan dlm 10 tahun kot. Kami semua terpaku dan panik sgt². Kami semua x terdaya nak tolong krn telah diberi arahan agar x buat bising. Bising hny akan menarik perhatian haiwan dan akan membuatkan mrk bertindak lebih agresif. Yg pompuan hny mampu menangis melihat budak yg jatuh tu krn haiwan² liar tu dah mula mengelilingi mangsa dan hny tggu saat je nak terkam. Tiba² singa yg paling besar mnghampiri mangsa lalu berkata: "jgn risau, kami semua tgh puasa 6 skrg."

Selamat menjalani ibadah puasa 6.
Maaf, Zahir dan Batin 🙈🙈🙈

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...