Thursday 27 June 2019

Perang Ekonomi Kepada Perang Sebenar

Apabila hubungan ekonomi antara China dan Amerika Syarikat bertambah buruk, negara2 kecil seperti Malaysia tidak akan terlepas dari kesannya. Samada Malaysia bersama mana2 pihak atau berkecuali, akibatnya tetap sama.



Buat masa ini, masih kelihatan Amerika Syarikat dan sekutunya masih mampu bertahan sebagai kuasa ekonomi dan ketenteraan. Tetapi negara China sudah lama mengumpul logam2 berharga seperti emas, perak, besi dan sebagainya termasuk bahan nadir bumi ( rare earth mineral ).

Bila logam2 berharga ini dimonopoli oleh negara China, mereka mampu menekan negara2 lain supaya membeli barangan dari China. Contoh paling mudah ialah bahan nadir bumi atau rare earth mineral yang mana China adalah antara pengeluar terbesar dunia dan juga pengekspot terbesar ke Amerika Syarikat.

Apa akan berlaku bila China menaikkan harga atau tidak mahu membekalkan semua keperluan nadir bumi negara Amerika Syarikat. Nadir bumi ( rare earth ) digunakan untuk barangan elektronik pengguna dan teknologi ketenteraan khasnya.

Bila Amerika Syarikat kekurangan bahan nadir bumi ( rare earth ), mereka akan mulai ketinggalan dalam teknologi berbanding negara China. Akhirnya nanti negara China yang akan memimpin teknologi dunia mengikut acuan mereka.

Akhirnya mahu tidak mahu, Amerika terpaksa tunduk dan mengakui kehebatan negara China. Dengan adanya bangsa Cina berselerak di seluruh dunia sekarang ini, memang jaringan ekonomi dan mungkin juga risikan dalam genggaman mereka.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...