Apakah jenis perniagaan pertama yang setiap Koperasi Kariah Masjid ( KKM ) patut ceburi ? Jawapannya ialah Mini Market ... mudah dan ringkas jawapannya, tetapi sangat besar faedahnya. Bukannya sewa khemah, katering, top-up kredit, pertanian, saham dan sebagainya. Kenapa ?
1. KKM berteraskan dari ahli kariah kepada ahli kariah. KKM mesti mendapat sokongan dari majoriti ahli kariah kalau pun bukan 100 % ( tak mustahil ). Baca kupasannya di sini.
2. Perniagaan pertama mestilah satu perniagaan yang diperlukan oleh setiap ahli kariah dan orang awam pada setiap hari iaitu Mini Market - barang runcit, barang kering, barang basah, barang keperluan harian dll. Orang hanya akan sewa khemah bila ada majlis, orang hanya akan top up sebulan sekali atau 2 kali, manakala pertanian mengambil masa, hartanah memerlukan modal yang besar, tetapi barangan runcit diperlukan SETIAP HARI.
3. Mini Market dapat menjana tunai dengan cepat dan mudah, cuma perlu pastikan Mini Market yang dibuka mempunyai segala barangan yang perlu. Jadikan diri kita sebagai pelanggan kepada Mini Market tersebut, apa yang kita mahu, apa yang kurang, apa yang boleh di tambah. Kenapa kita suka pergi ke sesuatu mini market walaupun kadang-kadang agak jauh ? Barangan, servis, jangkamasa perniagaan, harga dan sebagainya.
4. Dengan mempunyai Mini Market dan majoriti dari ahli kariah, KKM sudah menguasai PASARAN. Yang perlu dilakukan ialah memuaskan hati pelanggan, dan tunai akan mengalir masuk.
5. Dengan menguasai PASARAN, KKM dapat berunding dengan pembekal berkenaan harga, kuantiti, kualiti dan penghantaran. Mini Market yang maju sangat di sukai oleh pembekal.
6. Dengan menguasai PASARAN, KKM dapat membantu ahli-ahli kariah untuk melibatkan diri dalam perniagaan samada sebagai pekerja, pembekal, penasihat atau pelanggan. Tidak ada pilih kasih atau orang tengah yang boleh mempengaruhi pengurusan KKM.
7. Daripada hasil Mini Market inilah KKM dapat berkembang dengan pantas dan cepat, malah keanggotaan atau keahlian juga akan meningkat dengan ketara. Siapa yang tidak mahu dividen melebihi 10 % setahun setidak-tidaknya, siapa yang tidak mahu berbelanja di kedai sendiri ( KKM ). Apatah lagi jika mendapat bonus atau diskaun sebagai ahli.
8. KKM mesti menjadi tempat pertama ahli mencari baranagn atau keperluan yang diperlukan setiap hari. Kalau ini dapat direalisasikan maka tidak ada yang dapat menghalang KKM dari memiliki Pasaraya Besar setanding GIANT, MYDIN, TESCO dan sebagainya.
Semoga mendapat manfaat, InsyaAllah
Wednesday, 21 December 2016
Saturday, 17 December 2016
Akhir Zaman : Pertarungan Antara Iman dan Kufur
Dunia akhir zaman ini adalah ujian terbesar umat manusia. Ujian itu adalah antara Iman dan Kufur, antara Islam dan Bukan Islam. Tiada yang atas pagar. Hanya ada 2 pilihan iaitu Iman atau Kufur.
Oleh sebab itu manusia dinasihatkan supaya menambah amal soleh MASING2. Setiap orang perlu beramal soleh dan menambah amal soleh kerana amal soleh akan meningkatkan IMAN dan IMAN lah yang akan memberi podoman arah haluan yang benar.
Akan ramai yang memeluk Islam bahkan tak kurang ramai yang akan memilih kufur. Sudah Islam tak bermakna akan selamanya Islam. Banyak ujian dan cabaran yang memungkinkan terjadi sebaliknya.
Ujian akan bertambah berat dari hari ke hari, kalau amal soleh tidak ditingkatkan, dikhuatiri akhirnya akan terjebak dalam tipudaya dunia, nafsu, syaitan, dajjal dan iblis.
Dunia akhir zaman memerlukan iman yang benar-benar kuat untuk melihat jalan kebenaran atau kesesatan.

Thursday, 8 December 2016
Koperasi Kariah Masjid (KKM) dan perkembangannya
Merujuk kepada statistik setakat 30 Jun 2015, daripada 323 koperasi kariah masjid yang ada cuma 141 yang untung. Bermakna yang lain samada pusing modal atau rugi. Ini yang menjadi pertanyaan penulis kerana ada 182 koperasi kariah masjid ( KKM ) yang tidak untung.
Sepatutnya tiada KKM yang tidak untung, sebabnya :
1. Koperasi Kariah Masjid adalah hak kepunyaan ahli kariah, bermakna setiap ahli kariah berhak menjadi ahli koperasi, melabur dan menjadi rantaian kepada koperasi samada sebagai pelanggan, pengguna, pembeli atau boleh juga sebagai pembekal, penasihat, penyewa dan sebagainya. Aktiviti koperasi kariah masjid mestilah disokong oleh kesemua ahli kariah, tidak boleh sama sekali menidakkan seseorang atau sekumpulan orang samada disebabkan perbezaan pandangan, pendapat dan sebagainya.
2. Koperasi Kariah Masjid bukanlah perkara baru. Ianya sudah wujud, ada yang melebihi 10 tahun. Ini bermakna sepatutnya sudah ada SOP ( Prosedur Operasi Standard ) yg boleh digunapakai dan dijadikan rujukan. Rujukan boleh bermaksud bagaimana menubuhkan satu koperasi kariah masjid yang menguntungkan.
3. Koperasi Kariah Masjid disokong oleh ANGKASA, Kementerian dan Jakim serta Majlis Agama dan Jabatan Agama setiap negeri. Bantuan oleh kerajaan dan juga pinjaman ada disediakan terutama untuk tujuan penubuhan. Sepatutnya ahli kariah masjid berlumba-lumba memajukan kkm.
Melihat kepada fakta ringkas diatas, sesuatu perlu dilakukan contohnya :
1. Mengapa tidak ramai ahli kariah yang menjadi ahli KKM. Adakah penubuhan satu2 KKM disembunyikan dari pengetahuan ahli kariah ? Tiadakah pengumuman ringkas atau pemberitahuan kepada ahli kariah terutamanya pada hari jumaat atau hari raya. Jika dilihat pada statistik tersebut ada negeri yang mempunyai purata 16 ahli koperasi bagi setiap masjid ( cth negeri Kelantan ). Manakala purata untuk seluruh koperasi kariah masjid ( 323 buah ) hanya mempunyai 63 ahli koperasi bagi setiap kariah masjid. Inilah antara sebab kenapa hanya masjid yang patut menubuhkan koperasi manakala surau2 sebagai pengantara antara masjid dan ahli kariah masjid.
1.1 Perkara keahlian diatas adalah yang paling penting untuk diberi perhatian. Dengan anggaran umat Islam sebanyak 20 juta dan ada sebanyak 6,000 lebih masjid di Malaysia, purata setiap masjid mempunyai 3,000 ahli KKM.
1.2 Keahlian KKM perlu di tekankan kepada semua ahli kariah. Koperasi Kariah Masjid mesti menjadi fokus utama umat Islam untuk melabur, menjalin kerjasama perniagaan, mendapatkan barangan dan perkhidmatan dan bekerja. Jika dilakukan bersungguh-sungguh Koperasi Kariah Masjid boleh menjadi antara majikan terbesar di Malaysia.
2. Mengapa ada antara KKM yang rugi? Pihak manakah yang berautoriti untuk memantau perkembangan dan hala tuju KKM atau semua urusan KKM terletak di bahu Ahli Lembaga Koperasi sahaja. Disinilah perkara keahlian diatas memainkan peranan penting, lebih ramai ahli lebih banyak idea dan buah fikiran yang bermanfaat dapat diambil dan lebih ramai pakar dalam pelbagai bidang dapat berhubung.
2.1 Jenis perniagaan yang dijalankan oleh setiap kkm tentulah berbeza diantara satu sama lain tetapi perkongsian ilmu sepatutnya dilakukan sebaik mungkin. Mungkin sistem mentor mentee KKM boleh dilaksanakan.
2.2 Pengurusan koperasi kariah masjid sepatutnya di ketuai oleh pakar dalam bidang perniagaan. Pakar perniagaan tentu mempunyai perancangan jangka pendek dan jangka panjang yang pastinya pertimbangan risiko serta untung rugi menjadi fokus utama.
3. Perkara terakhir ialah berkenaan perkembangan atau penubuhan koperasi masjid yang perlahan. Jika perlahan bermaksud dalam perancangan yang teliti tidak menjadi masalah. Masalahnya ialah penubuhan koperasi biasanya melibatkan persetujuan AJK masjid yang mana diketahui bahawa banyak masjid yang ahli jawatankuasanya sudah agak berumur dan mungkin kurang berminat dengan KKM.
3.1 Oleh itu inisiatif dan ketegasan ahli kariah sendiri untuk dilaksanakan KKM memang digalakkan demi kebaikan ahli kariah masjid itu sendiri.
Setakat itu dan semoga bermanfaat.

Saturday, 3 December 2016
Statistik Koperasi Kariah Masjid 30 Jun 2015
Data dari Statistik Am Koperasi Kariah Masjid mengikut negeri pada 30 Jun 2015 menunjukkan terdapat 323 buah koperasi kariah masjid (kkm) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
1. Negeri Sembilan mendahului senarai terbanyak dengan 39 buah koperasi kariah masjid diikuti oleh Johor dan Perak dengan masing-masing 37 buah kkm.
2. Keanggotaan Koperasi Kariah Masjid pula sebanyak 20,571 orang di mana Johor merupakan Negeri teramai menjadi anggota Koperasi Kariah Masjid iaitu 2,873 anggota.
3. Jumlah syer / yuran adalah 3.23 juta ringgit dengan negeri Johor mempunyai 720 ribu ringgit iaitu yang tertinggi.
4. Jumlah aset pula sebanyak 7.74 juta dengan negeri Johor mempunyai 2.24 juta aset.
5. Jumlah perolehan pula sebanyak 4.94 juta dengan negeri Johor mencatatkan 1.62 juta perolehan atau jualan.
1. Data Statistik Am Koperasi Kariah Masjid Mengikut Fungsi pada 30 Jun 2015 pula menunjukkan sektor Pengguna mendahului senarai sebanyak 165 koperasi diikuti oleh sektor Perkhidmatan, Pertanian dan seterusnya.
1. Manakala Statistik Am Koperasi Kariah Masjid Mengikut Status pada 30 Jun 2015 pula menunjukkan terdapat 301 koperasi yang aktif, 16 yang dorman dan 6 yang tidak aktif.
1. Statistik Am Koperasi Kariah Masjid Mengikut Kluster di atas pula menunjukkan kebanyakan koperasi kariah masjid terlibat dengan aktiviti perniagaan skala mikro.

Masjid wajar ada koperasi jana pembangunan kariah
PULAU PINANG 23 Jun - Kariah masjid di seluruh negara disaran
menubuhkan koperasi supaya dapat menjana pendapatan sekali gus
membangunkan kariah masing-masing.
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, langkah penubuhan koperasi itu dilihat mampu membuka peluang perniagaan yang luas memandangkan pelbagai faedah dan kelebihan dimiliki kariah masjid.
Katanya, pelbagai inisiatif melalui perkongsian dalam kalangan ahli kariah boleh dilaksana melalui penubuhan koperasi kariah masjid demi kelangsungan kariah masing-masing.
"Kita ada lebih 6,000 kariah masjid di seluruh negara yang setiap satunya terdiri daripada ahli-ahli kariah yang berbeza latar belakang dan mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu khususnya dalam bidang perniagaan.
"Jadi melalui penubuhan koperasi, kariah masjid dilihat mempunyai potensi besar untuk menceburi bidang perniagaan yang berimpak tinggi," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Pembangunan Pendidikan Zakat Dalam Ekonomi Koperasi di sini kelmarin.
Tambah Abdul Fattah, kini ada hampir 300 kariah masjid yang telah menubuhkan koperasi seluruh negara dan Angkasa menyasarkan jumlah itu ditingkatkan kepada 1,000 koperasi kariah masjid menjelang hujung tahun ini.
"Ada antara koperasi kariah masjid ini yang berjaya dengan menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan seperti membuka inap desa dan membuka kelas bimbingan untuk pelajar sekolah," katanya.

855 Koperasi Kariah Masjid Diperkasa
Koperasi kariah masjid di seluruh negara yang disasarkan mencecah 855
buah menjelang hujung tahun ini, akan terus diperkasa dalam usaha
menjadikannya sebagai pusat pembangunan ekonomi masyarakat setempat.
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk
Abdul Fattah Abdullah berkata, penubuhan Konsortium Koperasi Masjid
Malaysia pada bulan ini memberi impak besar dalam usaha melonjakkan lagi
koperasi kariah masjid di seluruh negara.
“Kita minta semua koperasi kariah masjid supaya segera mendaftar sebagai ahli konsortium yang akan membantu mereka meningkatkan perniagaan koperasi dan membuka peluang dalam pelbagai bidang perniagaan.
“Kita yakin gabungan semua koperasi kariah mashid di seluruh negara dengan aset melebihi RM10.5 juta setakat ini dapat melonjakkan lagi kemajuannya yang mempunyai lebih 23,000 ahli pada masa ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Kariah Masjid al-Wosto Kampung Tanjung Besar Temerloh Berhad di sini, hari ini.
Yang hadir sama Pengerusi Koperasi Kariah Masjid al-Wosto Kampung Tanjung Besar Temerloh Berhad, Abdul Sata Mat Rani. Menurut Abdul Fattah, pihaknya mensasarkan sebanyak 855 daripada 6,230 masjid di seluruh negara mempunyai koperasi kariah masjid menjelang hujung tahun ini. Pada masa ini kata beliau, sebanyak 399 koperasi kariah masjid ditubuhkan manakala 496 buah lagi dalam proses penubuhan.
“Sehingga akhir tahun lalu terdapat 23,121 ahli koperasi kariah masjid dengan syer berjumlah RM4.14 juta dan aset keseluruhan sebanyak RM10.5 juta,” katanya. Katanya, penubuhan konsortium berkenaan amat penting dalam memastikan jalinan kerjasama antara semua koperasi sekaligus memberi impak besar kepada kemajuannya.
Jelasnya, melalui konsortium berkenaan, pelbagai aktiviti perniagaan dapat dilaksanakan termasu kdalam usaha mengurangkan peranan orang tengah. “Saya minta lebih banyak masjid menubuhkan koperasi kariah masing-masing dan bersama-sama dengan konsortium bagi melonjakkan lagi kecemerlangan dan keupayaan koperasi berkenaan,” katanya.
Perkongsian dari : http://www.angkasa.coop/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=339:855-koperasi-kariah-masjid-diperkas&catid=92:berita-angkasa-dalaman&Itemid=2042

RM1j modal Konsortium Koperasi Kariah Masjid
Puchong: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) bakal mewujudkan Konsortium Koperasi Kariah Masjid pertama dengan peruntukan sebanyak RM1 juta menjelang akhir tahun ini sebagai langkah untuk memantapkan serta membangunkan koperasi berkenaan terutama dalam meneroka bidang perniagaan lebih luas.
Presiden ANGKASA Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, pihaknya sudah menghantar permohonan dan sedang menunggu kelulusan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk mewujudkan konsortium terdiri daripada gabungan sembilan Koperasi Kariah Masjid di seluruh negara.
Katanya, menerusi konsortium yang akan ditubuhkan itu, ia adalah konsortium keempat yang diwujudkan oleh ANGKASA selain Konsortium Koperasi Penanam Padi Negeri Kedah Berhad, Konsortium Koperasi Penanam Padi Negeri Perlis Berhad dan Konsortium Koperasi Ternakan Ikan Negeri Pahang.
“Kita sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada Koperasi Kariah Masjid dengan rancangan menubuhkan sebuah konsortium. Kita jangkakan ia dapat diwujudkan sebelum akhir tahun ini dan permohonan sudah dihantar kepada SKM.
“Konsortium ini menggabungkan sembilan koperasi kariah masjid dan peranannya bukan saja untuk meneroka bidang perniagaan tetapi menjadi platform untuk koperasi ini mendapatkan bekalan dan lesen mengimport barangan termasuk memasarkan produk ke luar negara,” katanya.
Perkongsian dari : http://www.hmetro.com.my/node/90029
BENTONG: Sebuah
konsortium koperasi kariah masjid akan ditubuhkan tidak lama lagi bagi
mengukuhkan perniagaan serta ekonomi koperasi kariah masjid.
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), Datuk Abdul
Fattah Abdullah, berkata penubuhannya diluluskan jawatankuasa bahagian
perkhidmatan syariah ANGKASA yang bermesyuarat baru-baru ini.
Beliau berkata, dengan penubuhan konsortium berkenaa, koperasi kariah
masjid akan bersatu di bawah satu payung serta dapat menjalankan
perniagaan dengan lebih baik dan terjamin.
"Penubuhan koperasi secara tidak langsung dapat mengelakkan koperasi
daripada bersaing sesama sendiri selain memastikan produk keluaran
koperasi mendapat pasaran luar dan dalam negara," katanya kepada
pemberita selepas merasmikan mesyuarat penubuhan koperasi kariah Masjid
Sultan Haji Ahmad Shah di sini, hari ini.
Beliau berharap dengan penubuhan konsortium itu, kerajaan dapat
meluluskan lebih banyak permit perniagaan termasuk permit import (AP)
kepada konsortium terbabit.
Abdul Fattah berkata, dengan adanya AP, ia boleh menjamin pendapatan
koperasi, sekali gus meluaskan kegiatan pemasaran dalam dan luar negara
termasuk mengimport daging sejuk beku dan ternakan pada musim perayaan.
Terdahulu, ketika merasmikan mesyuarat penubuhan koperasi itu, beliau
memberitahu sebanyak 6,500 masjid dan surau dikenali pasti layak
menubuhkan koperasi.
"Daripada bilangan itu, hampir 300 buah masjid dan surau telah
menubuhkan koperasi dengan lebih 1,000 anggota," katanya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/1096

Koperasi masjid jana pendapatan
MELAKA 30 Julai - Peranan masjid hari ini tidak
lagi terbatas sebagai tempat beribadat sebaliknya mampu menjadi
institusi perniagaan melalui penubuhan Koperasi Kariah Masjid kendalian
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).
Presidennya, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ali Baharum berkata, melalui penubuhan koperasi di setiap masjid, pihaknya akan membantu menyediakan khidmat pengurusan dan kemudahan bank kewangan untuk perniagaan yang diwujudkan oleh koperasi masjid.
Menurutnya, Angkasa menawarkan pelbagai bentuk perniagaan yang sesuai dijalankan oleh koperasi masjid yang dikenal pasti mampu menjana pendapatan untuk koperasi.
"Misalnya, koperasi masjid boleh juga menawarkan khidmat pinjaman persendirian kepada mana-mana ahli kariah masjid dan panel bank di bawah Angkasa akan menyalurkan sumber kewangan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Seminar Penubuhan Koperasi Kariah Masjid peringkat negeri yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Yaakub Md. Amin di sini, hari ini.
Setakat ini, katanya, masjid di Pahang dan Selangor berjaya menubuhkan koperasi kariah masing-masing yang kini berjumlah 70 buah.
"Kita menyasarkan pada tahun ini, 50 masjid di Melaka akan mewujudkan koperasi kariah masing-masing," katanya.
Kata beliau, antara bentuk peniagaan yang dianggap sesuai dijalankan mengikut keperluan masyarakat ialah seperti pusat hemodialisis dan gelanggang futsal yang semakin mendapat sambutan ramai.
Kata Mohd. Ali, projek perniagaan yang dirancang koperasi masjid akan digerakkan melalui Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa (Kopsya) termasuk membiayai projek terlibat.
Katanya, usaha itu bertujuan mempelbagaikan fungsi masjid sebagai tempat ibadat dan pusat penggerak ekonomi umat Islam melalui penubuhan koperasi kariah masjid itu.

Perluas koperasi kariah masjid ke peringkat ASEAN
KUALA
LUMPUR 22 Nov. – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad
Shah menitahkan supaya Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
(Angkasa) memperluaskan koperasi kariah masjid ke peringkat serantau
Tengku Abdullah bertitah, perkara itu
bukan suatu yang mustahil kerana Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah
Abdullah turut memegang jawatan sebagai Presiden Bersama Organisasi
ASEAN (ACO).
“Bersesuaian dengan nama Angkasa yang semakin dikenali, jadi usaha untuk memperluaskan ke peringkat global akan menjadi lebih mudah, misalnya melalui Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
“Ia tidak mustahil kerana Malaysia telah dipilih oleh Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) untuk menjadi tuan rumah Persidangan Koperasi Peringkat Dunia pada November tahun depan,” titah baginda ketika mencemar duli merasmikan Konvensyen Koperasi Kariah Masjid Kebangsaan 2016 di Auditorium Angkasa di sini hari ini.
Selama 44 tahun Angkasa ditubuhkan, ini merupakan kali pertama program anjuran pertubuhan tersebut disempurnakan oleh kerabat diraja.Tengku Abdullah bertitah, usaha Angkasa memperkasakan koperasi kariah masjid sejak hujung tahun lalu selari dengan tuntutan Islam iaitu membangunkan masyarakat menerusi institusi masjid.
Titah baginda, pada peringkat awal di negara ini, koperasi kariah masjid boleh memberi tumpuan kepada perniagaan industri kecil dan sederhana (IKS) terutama mengeluarkan produk makanan seperti mi kuning, tauhu dan kicap.
“Selain memenuhi keperluan masyarakat untuk memperoleh makanan yang suci dan halal, jawatankuasa masjid juga berpeluang menyediakan peluang pekerjaan dengan koperasi sama ada sebagai pengeluar, pemasaran atau pekerja.
“Dalam hal ini, Angkasa sebagai payung penaung koperasi di seluruh negara boleh mencadangkan, membimbing dan membentuk rangkaian pemasaran dalam kalangan koperasi,” titah baginda lagi.
Perkongsian dari : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/perluas-koperasi-kariah-masjid-ke-peringkat-asean-1.411086

Kelebihan untuk dikongsi, kekurangan untuk dinsafi dan diatasi
Allah swt menciptakan manusia berbangsa-bangsa supaya mereka dapat saling bantu membantu, tolong menolong, berkongsi dan bekerjasama.
Tak ada satu bangsa di dunia ini yang lebih baik dari bangsa lain. Setiap bangsa mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing.
Tidak ada satu bangsa pun di dunia ini yang mahu hidup mundur, ketinggalan dan kesusahan selamanya.
Semua bangsa di dunia ini mempunyai umur masing-masing dan juga zuriat jika diizinkan Allah. Umur yang dimaksudkan ialah ketamadunan dan kekuasaan sesuatu bangsa manakala zuriat pula adalah generasi seterusnya bangsa tersebut.
Tidak ada satu bangsa atau tamadun bangsa yang boleh terus berkuasa selamanya, sampai masa akan tersungkur jua.
Jika semua bangsa didunia ini mengamalkan toleransi dan kasih sayang, pasti dunia akan aman seamannya.

Thursday, 1 December 2016
Koperasi Masjid dan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputra
Usaha berterusan kerajaan dalam memajukan ekonomi bumiputra diteruskan dengan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputra yang telah dilancarkan bulan September 2013. Antara agenda yang disasarkan ialah meningkatkan aset dan ekuiti bumiputra dalam negara Malaysia tercinta ini.
Agenda yang memang bagus cuma peningkatan aset dan ekuiti bumiputra kebanyakannya disumbangkan oleh syarikat-syarikat milik kerajaan ( GLC ). Kebanyakan bumiputra tetap dengan status yang masih kurang sama sahaja. Bukan bermakna program kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru telah gagal, cuma terlalu perlahan kerana kebanyakan kaum bumiputra lebih senang bekerja makan gaji samada di sektor kerajaan atau swasta dari berniaga. Inilah antara faktor yang melambatkan pencapaian sasaran ekonomi 30 %.
Kalau dikaji psikologi umat bumiputra, untuk berjaya sebagai individu memang amat sukar, kalau ada pun adalah satu dalam berjuta, sebagai contoh dengan jumlah bumiputra di Malaysia lebih kurang 20 juta, berapa ramai yang masuk dalam senarai terkaya di Malaysia. Mungkin ada yang mempertikaikan kriteria pemilihan tetapi itulah hakikatnya.
Begitu juga dengan program bilionaire segera yang diwujudkan oleh mantan seorang PM juga gagal bertahan dan berkembang.
Tetapi sebaliknya program seperti Amanah Saham Nasional (ASN ), Amanah Saham Bumiputra ( ASB), Tabung Haji, KWSP dan sebagainya yang berbentuk pengumpulan modal dan diuruskan oleh pengurus dana / kewangan bertauliah ternyata amat berjaya dan ada yang menjadi ikutan negara luar.
Melihat kepada beberapa faktor diatas maka Agenda 1 Masjid 1 Koperasi mempunyai potensi amat besar untuk berjaya dengan cemerlang. Bayangkan dengan 6000 Masjid yang ada bermakna akan ada 6000 pula koperasi yang melibatkan 20 juta umat Islam seluruh Malaysia, insyaAllah kejayaan di tangan.
Apa apa pun inisiatif dari ahli kariah sendiri amat perlu untuk memaksakan Agenda 1 Masjid 1 Koperasi memjadi kenyataan demi kemaslahatan kita semua.

Struktur Koperasi Masjid yang sepatutnya
Apakah struktur Koperasi Masjid yang sepatutnya. Agenda 1 Masjid 1 Koperasi sepatutnya mengguna pakai kaedah " dari ahli kariah kepada ahli kariah ". Maksudnya ialah Koperasi yang ditubuhkan mestilah atas kehendak dan inisiatif ahli kariah sendiri dan pulangannya kepada ahli kariah sendiri bukannya Koperasi yang dilaksanakan oleh pihak syarikat luar yang tidak melibatkan pelaburan seluruh ahli kariah.
Ada usahawan- usahawan yang melihat potensi besar koperasi masjid dan menjadikan perniagaan koperasi sebagai sumber keuntungan peribadi bukannya demi kemakmuran seluruh ahli kariah.
Koperasi Masjid yang terbaik mestilah sekurangnya :
1. Melibatkan pelaburan setiap ahli kariah bermula dari yang baru lahir hingga tiada had umur
2. Setiap ahli kariah hanya boleh menjadi ahli koperasi 1 Masjid sahaja dengan pelaburan minimum.
3. Menghadkan pelaburan maksimum untuk setiap ahli buat permulaan, untuk mengelakkan monopoli dan pengaruh yang tidak diingini.
4. Matlamat untuk bantu membantu dan berkongsi keuntungan / kerugian mestilah dilaksanakan
5. Koperasi Masjid mesti memakmurkan kawasan sekitar masjid dengan menyediakan mini market dan kedai-kedai keperluan umat Islam disekitaran kawasan berdekatan masjid. Ini akan dapat menyumbang kepada ramai jemaah yang akan berjemaah setiap kali tiba waktu solat.
6. Koperasi Masjid mestilah diuruskan oleh pengurusan yang layak, tak kira dari kariah mana pun. Ada ramai pegawai-pegawai dari syarikat PNB, MARA, Tabung Haji dan sebagainya yang boleh digajikan untuk mengurus koperasi sesebuah masjid.
7. Pekerja koperasi pula mestilah diutamakan dari anak kariah masjid sendiri.
8. Koperasi tidak digalakkan membuat pinjaman wang untuk memulakan koperasi, mulakan sedikit demi sedikit. Belajar dari bawah.
9. Sebarang keputusan besar yang perlu dibuat mesti melibatkan semua ahli kariah
10. Maklumat aktiviti koperasi mesti senang didapati oleh setiap ahli
11. Mengutamakan ahli kariah pada setiap aktiviti perniagaan misalnya menyewa atau memajak tanah ahli kariah untuk projek pertanian, membeli hasil-hasil keluaran ahli kariah untuk dijual dan sebagainya.
12. Mengutamakan ahli kariah untuk kerja-kerja koperasi samada kerja berat atau ringan dan dibayar sewajarnya.
13. Matlamat " zero pekerja asing " adalah wajib dalam aktiviti koperasi
14. Audit yang berterusan perlu untuk mengelakkan gejala tidak sihat
15. Koperasi Masjid mesti dipastikan bebas dari pengaruh parti politik
16. Mengutamakan barangan halal muslim dan bumiputra
Sekadar itu untuk renungan bersama. Semoga bermanfaat dan terlaksana secepat mungkin.

Koperasi Masjid dan Parti Politik
Dalam kehangatan Persidangan Agung Umno (PAU) 2016, selain dari memberi tumpuan kepada Pilihanraya Umum yang akan datang kenapa tidak diusulkan tentang perlunya setiap masjid di negara kita ini mempunyai koperasi masing-masing.
Benda yang boleh dilaksanakan dengan cepat pun, bukannya perlu masukkan dalam bajet pun. Takkan diantara begitu ramai perwakilan tak ada yang terpanggil membawakan usul ini yang kesannya amat bagus kepada ekonomi ummah.
Andai kata agenda 1 Masjid 1 Koperasi dapat dibahaskan tentu ianya akan membuka langkah yang lebih luas kepada pelaksanaannya.
Pada Muktamar Agung Parti Pas sendiri pun agenda memajukan institusi Masjid seolah-olah tidak penting sama sekali. Yang lebih dibincangkan panjang lebar hanyalah politik, menjatuhkan lawan politik dan politik lagi. Sehingga agenda yang betul-betul memberi faedah kepada ummat seakan dilupakan.
Kenapa tidak digunakan ruang-ruang kuliah dan ceramah untuk membangkitkan kesedaran ahli kariah kearah memakmurkan ekonomi sendiri melalui pengumpulan dana secara koperasi selain dari menyalahkan pihak lain atas masalah ekonomi semasa. Andai koperasi masjid mempunyai ladang dan kilang sawit sendiri, tentunya masalah kenaikan harga minyak masak tidak menjadi masalah besar kerana kalau harga terpaksa di naikkan pun, keuntungannya kembali kepada koperasi iaitu ahli kariah sendiri - sebagai contoh. Banyak perkara lagi boleh dicontohkan tetapi yang paling penting kena mulakan dulu.
Diharap teguran ini sedikit sebanyak dapat diperhalusi dengan sebaiknya oleh setiap umat yang mempunyai rasa cinta kepada Islam dan umatnya tanpa mengira bangsa dan warna kulit.

Subscribe to:
Posts (Atom)