Thursday 1 December 2016

Struktur Koperasi Masjid yang sepatutnya

Apakah struktur Koperasi Masjid yang sepatutnya. Agenda 1 Masjid 1 Koperasi sepatutnya mengguna pakai kaedah " dari ahli kariah kepada ahli kariah ". Maksudnya ialah Koperasi yang ditubuhkan mestilah atas kehendak dan inisiatif ahli kariah sendiri dan pulangannya kepada ahli kariah sendiri bukannya Koperasi yang dilaksanakan oleh pihak syarikat luar yang tidak melibatkan pelaburan seluruh ahli kariah.

Ada usahawan- usahawan yang melihat potensi besar koperasi masjid dan menjadikan perniagaan koperasi sebagai sumber keuntungan peribadi bukannya demi kemakmuran seluruh ahli kariah.

Koperasi Masjid yang terbaik mestilah sekurangnya :

1. Melibatkan pelaburan setiap ahli kariah bermula dari yang baru lahir hingga tiada had umur
2. Setiap ahli kariah hanya boleh menjadi ahli koperasi 1 Masjid sahaja dengan pelaburan minimum.
3. Menghadkan pelaburan maksimum untuk setiap ahli buat permulaan, untuk mengelakkan monopoli dan pengaruh yang tidak diingini.
4. Matlamat untuk bantu membantu dan berkongsi keuntungan / kerugian mestilah dilaksanakan
5. Koperasi Masjid mesti memakmurkan kawasan sekitar masjid dengan menyediakan mini market dan kedai-kedai keperluan umat Islam disekitaran kawasan berdekatan masjid. Ini akan dapat menyumbang kepada ramai jemaah yang akan berjemaah setiap kali tiba waktu solat.
6. Koperasi Masjid mestilah diuruskan oleh pengurusan yang layak, tak kira dari kariah mana pun. Ada ramai pegawai-pegawai dari syarikat PNB, MARA, Tabung Haji dan sebagainya yang boleh digajikan untuk mengurus koperasi sesebuah masjid.
7. Pekerja koperasi pula mestilah diutamakan dari anak kariah masjid sendiri.
8. Koperasi tidak digalakkan membuat pinjaman wang untuk memulakan koperasi, mulakan sedikit demi sedikit. Belajar dari bawah.
9. Sebarang keputusan besar yang perlu dibuat mesti melibatkan semua ahli kariah
10. Maklumat aktiviti koperasi mesti senang didapati oleh setiap ahli
11. Mengutamakan ahli kariah pada setiap aktiviti perniagaan misalnya menyewa atau memajak tanah  ahli kariah untuk projek pertanian, membeli hasil-hasil keluaran ahli kariah untuk dijual dan sebagainya.
12. Mengutamakan ahli kariah untuk kerja-kerja koperasi samada kerja berat atau ringan dan dibayar sewajarnya.
13. Matlamat " zero pekerja asing " adalah wajib dalam aktiviti koperasi
14. Audit yang berterusan perlu untuk mengelakkan gejala tidak sihat
15. Koperasi Masjid mesti dipastikan bebas dari pengaruh parti politik
16. Mengutamakan barangan halal muslim dan bumiputra

Sekadar itu untuk renungan bersama. Semoga bermanfaat dan terlaksana secepat mungkin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...