Saturday 17 December 2016

Akhir Zaman : Pertarungan Antara Iman dan Kufur

Dunia akhir zaman ini adalah ujian terbesar umat manusia. Ujian itu adalah antara Iman dan Kufur, antara Islam dan Bukan Islam. Tiada yang atas pagar. Hanya ada 2 pilihan iaitu Iman atau Kufur.

Oleh sebab itu manusia dinasihatkan supaya menambah amal soleh MASING2. Setiap orang perlu beramal soleh dan menambah amal soleh kerana amal soleh akan meningkatkan IMAN dan IMAN lah yang akan memberi podoman arah haluan yang benar.

Akan ramai yang memeluk Islam bahkan tak kurang ramai yang akan memilih kufur. Sudah Islam tak bermakna akan selamanya Islam. Banyak ujian dan cabaran yang memungkinkan terjadi sebaliknya.

Ujian akan bertambah berat dari hari ke hari, kalau amal soleh tidak ditingkatkan, dikhuatiri akhirnya akan terjebak dalam tipudaya dunia, nafsu, syaitan, dajjal dan iblis.

Dunia akhir zaman memerlukan iman yang benar-benar kuat untuk melihat jalan kebenaran atau kesesatan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...