Wednesday 21 December 2016

Perniagaan Pertama yang patut setiap Koperasi Kariah Masjid ceburi

Apakah jenis perniagaan pertama yang setiap Koperasi Kariah Masjid ( KKM ) patut ceburi ? Jawapannya ialah Mini Market ... mudah dan ringkas jawapannya, tetapi sangat besar faedahnya. Bukannya sewa khemah, katering, top-up kredit, pertanian, saham dan sebagainya. Kenapa ?

1. KKM berteraskan dari ahli kariah kepada ahli kariah. KKM mesti mendapat sokongan dari majoriti ahli kariah kalau pun bukan 100 % ( tak mustahil ). Baca kupasannya di sini.

2. Perniagaan pertama mestilah satu perniagaan yang diperlukan oleh setiap ahli kariah dan orang awam pada setiap hari iaitu Mini Market - barang runcit, barang kering, barang basah, barang keperluan harian dll. Orang hanya akan sewa khemah bila ada majlis, orang hanya akan top up sebulan sekali atau 2 kali, manakala pertanian mengambil masa, hartanah memerlukan modal yang besar, tetapi barangan runcit diperlukan SETIAP HARI.

3. Mini Market dapat menjana tunai dengan cepat dan mudah, cuma perlu pastikan Mini Market yang dibuka mempunyai segala barangan yang perlu. Jadikan diri kita sebagai pelanggan kepada Mini Market tersebut, apa yang kita mahu, apa yang kurang, apa yang boleh di tambah. Kenapa kita suka pergi ke sesuatu mini market walaupun kadang-kadang agak jauh ? Barangan, servis, jangkamasa perniagaan, harga dan sebagainya.

4. Dengan mempunyai Mini Market dan majoriti dari ahli kariah, KKM sudah menguasai PASARAN. Yang perlu dilakukan ialah memuaskan hati pelanggan, dan tunai akan mengalir masuk.

5. Dengan menguasai PASARAN, KKM dapat berunding dengan pembekal berkenaan harga, kuantiti, kualiti dan penghantaran. Mini Market yang maju sangat di sukai oleh pembekal.

6. Dengan menguasai PASARAN, KKM dapat membantu ahli-ahli kariah untuk melibatkan diri dalam perniagaan samada sebagai pekerja, pembekal, penasihat atau pelanggan. Tidak ada pilih kasih atau orang tengah yang boleh mempengaruhi pengurusan KKM.

7. Daripada hasil Mini Market inilah KKM dapat berkembang dengan pantas dan cepat, malah keanggotaan atau keahlian juga akan meningkat dengan ketara. Siapa yang tidak mahu dividen melebihi 10 % setahun setidak-tidaknya, siapa yang tidak mahu berbelanja di kedai sendiri ( KKM ). Apatah lagi jika mendapat bonus atau diskaun sebagai ahli.

8. KKM mesti menjadi tempat pertama ahli mencari baranagn atau keperluan yang diperlukan setiap hari. Kalau ini dapat direalisasikan maka tidak ada yang dapat menghalang KKM dari memiliki Pasaraya Besar setanding GIANT, MYDIN, TESCO dan sebagainya.

Semoga mendapat manfaat, InsyaAllah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...