Saturday 3 December 2016

Kelebihan untuk dikongsi, kekurangan untuk dinsafi dan diatasi

Allah swt menciptakan manusia berbangsa-bangsa supaya mereka dapat saling bantu membantu, tolong menolong, berkongsi dan bekerjasama.

Tak ada satu bangsa di dunia ini yang lebih baik dari bangsa lain. Setiap bangsa mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing.

Tidak ada satu bangsa pun di dunia ini yang mahu hidup mundur, ketinggalan dan kesusahan selamanya.

Semua bangsa di dunia ini mempunyai umur masing-masing dan juga zuriat jika diizinkan Allah. Umur yang dimaksudkan ialah ketamadunan dan kekuasaan sesuatu bangsa manakala zuriat pula adalah generasi seterusnya bangsa tersebut.

Tidak ada satu bangsa atau tamadun bangsa yang boleh terus berkuasa selamanya, sampai masa akan tersungkur jua.

Jika semua bangsa didunia ini mengamalkan toleransi dan kasih sayang, pasti dunia akan aman seamannya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...