Saturday 3 December 2016

RM1j modal Konsortium Koperasi Kariah Masjid

Puchong: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) bakal mewujudkan Konsortium Koperasi Kariah Masjid pertama dengan peruntukan sebanyak RM1 juta menjelang akhir tahun ini sebagai langkah untuk memantapkan serta membangunkan koperasi berkenaan terutama dalam meneroka bidang perniagaan lebih luas.

Presiden ANGKASA Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, pihaknya sudah menghantar permohonan dan sedang menunggu kelulusan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk mewujudkan konsortium terdiri daripada gabungan sembilan Koperasi Kariah Masjid di seluruh negara.

Katanya, menerusi konsortium yang akan ditubuhkan itu, ia adalah konsortium keempat yang diwujudkan oleh ANGKASA selain Konsortium Koperasi Penanam Padi Negeri Kedah Berhad, Konsortium Koperasi Penanam Padi Negeri Perlis Berhad dan Konsortium Koperasi Ternakan Ikan Negeri Pahang.

“Kita sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada Koperasi Kariah Masjid dengan rancangan menubuhkan sebuah konsortium. Kita jangkakan ia dapat diwujudkan sebelum akhir tahun ini dan permohonan sudah dihantar kepada SKM.

“Konsortium ini menggabungkan sembilan koperasi kariah masjid dan peranannya bukan saja untuk meneroka bidang perniagaan tetapi menjadi platform untuk koperasi ini mendapatkan bekalan dan lesen mengimport barangan termasuk memasarkan produk ke luar negara,” katanya.

Perkongsian dari : http://www.hmetro.com.my/node/90029
BENTONG: Sebuah konsortium koperasi kariah masjid akan ditubuhkan tidak lama lagi bagi mengukuhkan perniagaan serta ekonomi koperasi kariah masjid. Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah, berkata penubuhannya diluluskan jawatankuasa bahagian perkhidmatan syariah ANGKASA yang bermesyuarat baru-baru ini. Beliau berkata, dengan penubuhan konsortium berkenaa, koperasi kariah masjid akan bersatu di bawah satu payung serta dapat menjalankan perniagaan dengan lebih baik dan terjamin. "Penubuhan koperasi secara tidak langsung dapat mengelakkan koperasi daripada bersaing sesama sendiri selain memastikan produk keluaran koperasi mendapat pasaran luar dan dalam negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat penubuhan koperasi kariah Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di sini, hari ini. Beliau berharap dengan penubuhan konsortium itu, kerajaan dapat meluluskan lebih banyak permit perniagaan termasuk permit import (AP) kepada konsortium terbabit. Abdul Fattah berkata, dengan adanya AP, ia boleh menjamin pendapatan koperasi, sekali gus meluaskan kegiatan pemasaran dalam dan luar negara termasuk mengimport daging sejuk beku dan ternakan pada musim perayaan. Terdahulu, ketika merasmikan mesyuarat penubuhan koperasi itu, beliau memberitahu sebanyak 6,500 masjid dan surau dikenali pasti layak menubuhkan koperasi. "Daripada bilangan itu, hampir 300 buah masjid dan surau telah menubuhkan koperasi dengan lebih 1,000 anggota," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/1096

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...