Thursday 1 December 2016

Koperasi Masjid dan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputra

Usaha berterusan kerajaan dalam memajukan ekonomi bumiputra diteruskan dengan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputra yang telah dilancarkan bulan September 2013. Antara agenda yang disasarkan ialah meningkatkan aset dan ekuiti bumiputra dalam negara Malaysia tercinta ini.

Agenda yang memang bagus cuma peningkatan aset dan ekuiti bumiputra kebanyakannya disumbangkan oleh syarikat-syarikat milik kerajaan ( GLC ). Kebanyakan bumiputra tetap dengan status yang masih kurang sama sahaja. Bukan bermakna program kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru telah gagal, cuma terlalu perlahan kerana kebanyakan kaum bumiputra lebih senang bekerja makan gaji samada di sektor kerajaan atau swasta dari berniaga. Inilah antara faktor yang melambatkan pencapaian sasaran ekonomi 30 %.

Kalau dikaji psikologi umat bumiputra, untuk berjaya sebagai individu memang amat sukar, kalau ada pun adalah satu dalam berjuta, sebagai contoh dengan jumlah bumiputra di Malaysia lebih kurang 20 juta, berapa ramai yang masuk dalam senarai terkaya di Malaysia. Mungkin ada yang mempertikaikan kriteria pemilihan tetapi itulah hakikatnya.

Begitu juga dengan program bilionaire segera yang diwujudkan oleh mantan seorang PM juga gagal bertahan dan berkembang.

Tetapi sebaliknya program seperti Amanah Saham Nasional (ASN ), Amanah Saham Bumiputra ( ASB), Tabung Haji, KWSP dan sebagainya yang berbentuk pengumpulan modal dan diuruskan oleh pengurus dana / kewangan bertauliah ternyata amat berjaya dan ada yang menjadi ikutan negara luar.

Melihat kepada beberapa faktor diatas maka Agenda 1 Masjid 1 Koperasi mempunyai potensi amat besar untuk berjaya dengan cemerlang.  Bayangkan dengan 6000 Masjid yang ada bermakna akan ada 6000 pula koperasi yang melibatkan 20 juta umat Islam seluruh Malaysia, insyaAllah kejayaan di tangan.

Apa apa pun inisiatif dari ahli kariah sendiri amat perlu untuk memaksakan Agenda 1 Masjid 1 Koperasi memjadi kenyataan demi kemaslahatan kita semua.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...