Thursday 1 December 2016

Koperasi Masjid dan Parti Politik

Dalam kehangatan Persidangan Agung Umno (PAU) 2016, selain dari memberi tumpuan kepada Pilihanraya Umum yang akan datang kenapa tidak diusulkan tentang perlunya setiap masjid di negara kita ini mempunyai koperasi masing-masing.

Benda yang boleh dilaksanakan dengan cepat pun, bukannya perlu masukkan dalam bajet pun. Takkan diantara begitu ramai perwakilan tak ada yang terpanggil membawakan usul ini yang kesannya amat bagus kepada ekonomi ummah.

Andai kata agenda 1 Masjid 1 Koperasi dapat dibahaskan tentu ianya akan membuka langkah yang lebih luas kepada pelaksanaannya.

Pada Muktamar Agung Parti Pas sendiri pun agenda memajukan institusi Masjid seolah-olah tidak penting sama sekali. Yang lebih dibincangkan panjang lebar hanyalah politik, menjatuhkan lawan politik dan politik lagi. Sehingga agenda yang betul-betul memberi faedah kepada ummat seakan dilupakan.

Kenapa tidak digunakan ruang-ruang kuliah dan ceramah untuk membangkitkan kesedaran ahli kariah kearah memakmurkan ekonomi sendiri  melalui pengumpulan dana secara koperasi selain dari menyalahkan pihak lain atas masalah ekonomi semasa. Andai koperasi masjid mempunyai ladang dan kilang sawit sendiri, tentunya masalah kenaikan harga minyak masak tidak menjadi masalah besar kerana kalau harga terpaksa di naikkan pun, keuntungannya kembali kepada koperasi iaitu ahli kariah sendiri - sebagai contoh. Banyak perkara lagi boleh dicontohkan tetapi yang paling penting kena mulakan dulu.

Diharap teguran ini sedikit sebanyak dapat diperhalusi dengan sebaiknya oleh setiap umat yang mempunyai rasa cinta kepada Islam dan umatnya tanpa mengira bangsa dan warna kulit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...