KUALA
LUMPUR 22 Nov. – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad
Shah menitahkan supaya Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
(Angkasa) memperluaskan koperasi kariah masjid ke peringkat serantau
Tengku Abdullah bertitah, perkara itu
bukan suatu yang mustahil kerana Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah
Abdullah turut memegang jawatan sebagai Presiden Bersama Organisasi
ASEAN (ACO).
“Bersesuaian dengan nama Angkasa yang semakin dikenali, jadi usaha untuk memperluaskan ke peringkat global akan menjadi lebih mudah, misalnya melalui Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
“Ia tidak mustahil kerana Malaysia telah dipilih oleh Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) untuk menjadi tuan rumah Persidangan Koperasi Peringkat Dunia pada November tahun depan,” titah baginda ketika mencemar duli merasmikan Konvensyen Koperasi Kariah Masjid Kebangsaan 2016 di Auditorium Angkasa di sini hari ini.
Selama 44 tahun Angkasa ditubuhkan, ini merupakan kali pertama program anjuran pertubuhan tersebut disempurnakan oleh kerabat diraja.Tengku Abdullah bertitah, usaha Angkasa memperkasakan koperasi kariah masjid sejak hujung tahun lalu selari dengan tuntutan Islam iaitu membangunkan masyarakat menerusi institusi masjid.
Titah baginda, pada peringkat awal di negara ini, koperasi kariah masjid boleh memberi tumpuan kepada perniagaan industri kecil dan sederhana (IKS) terutama mengeluarkan produk makanan seperti mi kuning, tauhu dan kicap.
“Selain memenuhi keperluan masyarakat untuk memperoleh makanan yang suci dan halal, jawatankuasa masjid juga berpeluang menyediakan peluang pekerjaan dengan koperasi sama ada sebagai pengeluar, pemasaran atau pekerja.
“Dalam hal ini, Angkasa sebagai payung penaung koperasi di seluruh negara boleh mencadangkan, membimbing dan membentuk rangkaian pemasaran dalam kalangan koperasi,” titah baginda lagi.
Perkongsian dari : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/perluas-koperasi-kariah-masjid-ke-peringkat-asean-1.411086

No comments:
Post a Comment